TERTARIK dengan perkongsian Cikgu Emmet, seorang anak murid yang terpaksa tinggal di asrama demi ilmu.

Jika insan biasa berumur tujuh tahun, mungkin tak pernah hidup susah tidak akan memahami.

Walaupun kisah itu sudah enam tahun berlalu, ia sangat menyentuh hati.

Tambah lagi jika dikenangkan bagaimana anak itu tidur sendiri, makan sendiri, membasuh pakaian sendiri.

Mari ikuti perkongsiannya.

+++

Kisah Lysiana (kenang kembali kisah 6 tahun lepas)

Namanya Lysiana. Anak iban berumur 7 tahun. Seawal usia itu Lysiana sudah tinggal di asrama sekolah semata mata untuk 1 tujuan. BELAJAR.

Itulah tujuannya. Lysiana ini hanya dihantar oleh ibunya di tepi jalan rumah panjang di sebuah tempat bernama Nyelam.

Jarak dari rumah ke sekolah yang jauh mustahil bagi ibu bapanya menghantar dan mengambil setiap hari.

Kerana itu kepergian Lysiana ke sekolah hanya menggunakan van pada petang Ahad dan kembali ke rumah ibucbapanya pada petang Jumaat.

Cikgu masih ingat dik semasa cikgu mengajar kelasnya pada awal Januari... airmata Lysiana tidak kering dari bertakung dikelopak matanya.

Tapi dia tidak pernah meraung berguling minta balik. Cikgu lalu di sebelah mejanya dia akan menarik tangan cikgu dan bertanya..."cikgu..bila ari lima?" (cikgu, bila hari jumaat?) cikgu akan pegang kepalanya dan berkata...lagi 3 hari.

Maka mulutnya akan mencebik dan tunduk. Sesekali dia mengesat airmata dengan lengan baju.

Tersentuh hati cikgu dik!

Anak sekecil ini sudah diajar berdikari. Anak sekecil ini sudah jauh berpisah dengan ibu bapa demi mencari ilmu.

Anak sekecil Lysiana ini sudah mula belajar mengemas tempat tidur sendiri di asrama.

Mencuci baju di dalam baldi dibilik mandi dan menyidai serta melipat kain bajunya sendiri. Anak sekecil ini diajar erti pengorbanan.

Kesusahan hidup pula mengajar kita jadi tabah dan berani keluar dari kepompong kemiskinan.

Lysiana adalah contoh yang jelas mewakili anak anak Tahun Satu yang berjauhan dengan keluarga demi mencari Ilmu untuk mengubah nasib keluarga pada masa akan datang.

Oleh itu anak-anak, janganlah malas ke sekolah. Janganlah degil di dalam kelas. Janganlah melawan kata kata guru.

Sumber: Cikgu Emmet

Artikel Menarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab

Tiga kantin sekolah ini menjadi sebutan hingga ke peringkat KPM, patutlah mereka menang anugerah

'Sikap Aiman hanya satu dalam seribu' - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau