ANDAI diri beranggapan tidak pandai, tidak pandailah sampai bila-bila. Andai diri beranggapan ilmu tidak penting, tidak akan ke manalah nanti.

Untuk menjadi insan yang luar biasa perlu ada kuasa luar biasa dalam diri.  Kuasa yang dapat menjadikan diri kuat dan utuh untuk menghadapi segala permasalahan dalam diri sendiri.

Cemerlangnya seseorang itu apabila diri sentiasa berfikiran positif, sentiasa  fokus dan yakin akan keupayaan diri untuk terus maju dan berjuang dalam mengejar kejayaan.

Luar biasanya diri kamu andai kamu daripada seorang murid yang biasa  mampu mencapai kejayaan dengan usaha yang luar biasa dan sentiasa berfikiran luar biasa.

Tidak ada jalan yang mudah sebenarnya untuk kalian berjaya.  Tiada jalan yang singkat untuk kalian  terus melangkau ke hadapan.

Pelbagai rintangan yang harus ditempuhi tetapi ingatlah ada kemanisan yang pasti menanti. Fokus, dedikasi, usaha, tekad dan motivasi adalah tembok keyakinan diri.

Tembusilah agar diri dapat  mengatasi segalanya dengan tenang dan positif.

Andai kalian tidak percaya  boleh berjaya, kalian telah kecundang sebenarnya.  Ingatlah, jika kalian ingin dan mempunyai kemahuan untuk terus mendapatkan sesuatu carilah dengan pelbagai cara dan usaha.

Untuk menjadi yang luar biasa jangan memikirkan apa yang akan terjadi tetapi fikirkan apa yang boleh terjadi. "Saya boleh dan pasti boleh”.

Ingatlah, kejayaan tidak datang bergolek malah kalian  sentiasa bangun dan bertindak untuk terus bersemangat untuk menjadi insan luar biasa setiap hari.

Sentiasalah membaiki diri dan fokuslah pada impian dan cita-cita. Tentukan matlamat dan mulalah Kejar cita-cita dan berusahalah ke arah itu.

Ingatlah, untuk menjadi insan yang luar biasa, perlu ada kuasa luar biasa dalam diri sendiri.

ESMIMI ELIAS

Guru Bahasa Melayu SK Kuala Pegang, Kedah

Artikel lain:

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020