Kental semangat mereka kerana sanggup meninggalkan lunaknya tidur dan membiarkan tubuh dijirus air dingin setiap pagi tanpa mengeluh.

Perjalanan selama satu jam merentasi Empangan Hidro Batang Ai, Lubok Antu, Sarawak melalui arus berbahaya membuatkan setiap detik bagaikan nyawa di hujung tanduk.

Begitulah yang dihadapi 42 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Delok setiap hari apatah apabila ombak kuat dan jerebu yang melanda baru-baru ini.  

Sekolah SK Nanga Delok, berada jauh di hujung empangan

Guru bahasa Melayu, Suriyong Sayrie Boon Chara, yang sudah lima tahun mengajar di sekolah itu berkata, walaupun pelbagai dugaan dihadapi anak muridnya tidak pernah gagal untuk hadir ke sekolah.

"Melihatkan semangat anak-anak ini, turut menyuntik semangat kami untuk memberi yang terbaik kepada mereka.

"Murid-murid ini memang suka ke sekolah, walau sakit sekalipun mereka akan datang ke sekolah hinggakan kami terpaksa bawa mereka ke klinik dan hantar pulang ke rumah," katanya.

Menurut Cikgu Suriyong, murid SK Nanga Delok terancam dengan pelbagai jenis penyakit terutama sekali tuberkulosis; penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta malaria.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929828.1569380812!/image/image.jpg

Suriyong Sayrie Boon Chara, akan menaiki perahu panjang sebulan sekali untuk ke pekan Lubok Antu

"Biasanya apabila ada murid sakit kami akan bawa ke klinik dengan menaiki bot tambang yang mengambil masa lima minit dari sekolah sebelum menghantar murid pulang dan menjelaskan kepada ibu bapa mereka bahawa anak mereka sakit dan tidak boleh ke sekolah.

Pandangan atas SK Nanga Delok

"Ibu bapa mereka perlu difahamkan betul-betul mengapa anak mereka tidak dibenarkan ke sekolah jika tidak, esok pagi-pagi dah muncul kerana mereka memang suka ke sekolah," katanya. 

Tambah guru muda yang baru lima tahun bergelar pendidik itu lagi, disebabkan tidak ada pengangkutan darat yang menghubungkan Nanga Delok dengan Lubok Antu, beliau juga terpaksa menggunakan bot panjang untuk ke pekan.

Suriyong Sayrie membeli generator sendiri untuk kemudahan murid ketika ketiadaan elektrik di sekolah

"Seminggu sekali saya akan ke pekan Lubok Antu untuk membeli barangan keperluan dan makanan, tambang bot ke pekan RM30 seorang sehala sekiranya ada penumpang lain tetapi jika saya seorang sahaja penumpang, kos tambang boleh mencecah RM100 untuk sehala.

"Menariknya, pemilik bot tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada murid sekolah," katanya.

Sebahagian murid sekolah SK Nanga Delok

Tidak seperti murid yang tinggal jaduh dari sekolah, lapan guru sekolah itu mendiami kuarters guru yang disediakan namun dua minggu atau sebulan sekali, guru-guru akan ke pekan Lubok Antu yang jaraknya lebih kurang 40 kilometer dari sekolah.

Sebahagian murid bersama guru SK Nanga Delok

Terputus bekalan elektrik

Selain menggunakan pengangkutan air mereka turut berhadapan dengan masalah bekalan elektrik yang sentiasa terputus. Kata Cikgu Suriyong, SK Nanga Delok merupakan sekolah pedalaman yang terletak di hulu Empangan Hidro Batang Ai.

“Kami pernah terputus bekalan elektrik selama sebulan, bagi memberikan keselesaan kepada murid, saya terpaksa membeli generator sendiri selain membawa mereka belajar di jeti sekolah, bawah pokok, ataupun di astaka, iaitu sebuah dewan kecil yang terletak di padang sekolah.

Jeti sekolah SK Nanga Delok

“Selain itu, di sekolah ini juga mengalami masalah talian telefon membuatkan kami sukar berhubung dengan orang luar," katanya.

Wartawan GPS Bestari turut mengalami masalah mendapatkan maklumat dan mengambil masa agak lama untuk menyiapkan artikel ini kerana sering tidak dapat menghubungi Cikgu Suriyong.

Bot panjang, adalah pengangkutan utama guru dan murid ke sekolah

Sementara itu, ketika Sri Aman mencecah bacaan IPU lebih 400 baru-baru ini, sekolah SK Nanga Delok terpaksa ditutup berikutan tahap udaranya berbahaya selain berisiko kemalangan jika menggunakan pengangkutan air kerana jarak pandang yang terhad.

“Keadaan jerebu sebelum ini sangat berisiko untuk murid hadir ke sekolah. Selain udara yang sangat tidak sihat, jerebu tebal membuatkan jarak pandang kurang 100 meter di sepanjang laluan untuk ke sekolah, keadaan ini berisiko bot bertembung dan amat berbahaya," katanya.

Cikgu Suriyong berkata, memandangkan pengangkutan utama murid adalah pengangkutan air pihak sekolah mengambil inisiatif memberi latihan bina keyakinan diri dalam air.

“Latihan dalam air yang dianjurkan pihak sekolah secara tidak langsung dapat memupuk keberanian murid agar tidak mudah panik sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Sekitar Sekolah SK Nanga Delok

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929830.1569380850!/image/image.jpg

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929831.1569380882!/image/image.jpg

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929835.1569380950!/image/image.jpg

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929833.1569380918!/image/image.jpg

Aktiviti membina keyakinan diri dalam air di sekolah

 

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929834.1569380936!/image/image.jpg

Setiap murid diberikan jaket keselamatan sepanjang aktiviti

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929836.1569380970!/image/image.jpg

Sebulan sekali, guru SK Nanga Delok akan ke pekan Lubok Antu

Gigih menimba ilmu walaupun sekolah berada dalam serba kekurangan.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929841.1569381054!/image/image.jpg

Murid di dalam kelas

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929842.1569381077!/image/image.jpg

Perhimpunan sekolah

 Artikel berkaitan:

‘Saya pening, mata pedih, rasa macam duduk dalam asap’ - Kongsi cikgu pedalaman Sarawak

Cikgu SK Ulu Lemanak redah laluan balak 150km selamatkan murid dari jerebu teruk di Lubok Antu