KEJAYAAN seseorang pelajar biasa asasnya juga bermula daripada rumah.

Selain pembelajaran dan pengajaran di sekolah, peranan ibu bapa di rumah adalah memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak demi memastikan kecemerlangan akademik mereka.

Mari kita ikuti perkongsian guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya, Nur Salwani Mat Noor ini tentang bagaimana ibu bapa pelajar kelasnya ini mengawasi anaknya sehingga berjaya dalam akademik.

Walaupun perkongsian ini pada tahun lalu, namun ibu masih masih belum terlambat untuk jadikan panduan bagi mendisiplinkan anak-anak.

 +++

Sis beruntung hari ni sebab dapat interview ibu kepada pelajar ini. Pelajar lelaki melayu.

Di saat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas Sains Tulen. Alhamdulillah ada seorang yang bersinar.

So sis nak kongsi dengan rakan-rakanla kan apa tips maknya ye memandangkan semua anak-anaknya empat orang berjaya (ini yang bongsu):

1) Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing... semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu. Reason: duduk dlm bilik kita tak nampak dia buat apa.. betul ke tak belajar.

2) Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-masing duduk di meja makan.

3) Pukul 10 masuk tidur

4) Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dengan kawan hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan untuk melepak.

5) Keluar mesti dengan ibu bapa. Alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik untuk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.

6) Ayahnya serius tapi baik, ayah tak pernah pukul/cubit anak yang dibenarkan mak sahaja (ayah dia tunggu dalam keta tak dapat naik sebab parking penuh, rugi tak dapat interview sekali).

7) Kena mula dari Tahun Satu, pukul 8 malam terus duduk di meja so dah terbiasa bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak otomatik pegang buku jam 8 malam.

8) Tak pernah pergi tusyen. Jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai di sekolah.

Sis tanya lagi,anak puan ada diberikan handphone? internet? maknye jawab. Ya bagi cikgu.. petang-petang dia main game. Kena bagi jugak tak boleh sekat saya faham dia remaja.

Kita  taknak dia memberontak. Asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia datang rumah kami main game tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawannya.

Ayat last sekali maknya memang power:

“Cikgu, apa-apa pun asasnya dari rumah dari ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”

Sis angguk-angguk...oooo..betul-betul...TQ puan sudi datang dan share dengan saya. Kirim salam ayahnya.. humble ibunya, no wonder anaknya sangat menghormati guru.

#hariterbuka

#cikgupunadaanak

Artikel menarik:

Tip Skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip Skor A Sains UPSR