JOHOR BAHRU - Kejadian pelajar sekolah muntah-muntah dan sesak nafas yang berlaku minggu lalu, mula merebak ke beberapa kawasan sekitar Taman Pasir Putih dan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang semalam.

Dua sekolah terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort dan SMK Pasir Putih.

Menurut sumber, kejadian di SMK Tanjung Puteri Resort berlaku sekitar jam 8 pagi semalam ketika sesi persekolahan berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, ketika kejadian para pelajar ditenangkan oleh guru sekolah berkenaan sementara menunggu kehadiran ambulans untuk menghantar mereka ke pusat rawatan sementara.

“Sekolah juga telah mengeluarkan arahan kepada ibu bapa untuk membawa pulang anak-anak demi keselamatan masing-masing.

“Setakat ini (semalam), sesi persekolahan di SMK Tanjung Puteri Resort telah ditangguhkan. Ramai murid-murid sudah diambil penjaga mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Terdahulu, Exco Kesihatan Johor, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar mengumumkan sebanyak 16 sekolah dalam radius 6 kilometer dari Tamam Mawar diarahkan tutup empat hari sehingga keadaan benar-benar selamat.

Bagaimanapun, kedua-dua sekolah itu tidak berada dalam radius tersebut apabila terletak kira-kira 7 kilometer daripada lokasi pertama dikesan kejadian berkenaan.

Baca:

Filem SMK Khir Johari dan SMK Seksyen 18 menang anugerah utama FiTA Wave Short Film Awards 2019

'Marilah kita berdoa mohon insiden ini segera diatasi demi murid' - Ketua Pengarah JPNJ (8 foto)

Maahad Muhammadi Pasir Mas anjur kursus untuk pendidik bagi tingkat prestasi pelajar

Reaksi pelbagai akibat penutupan sekolah Pasir Gudang - Ada yang tak setuju, ini sebabnya

Dah tahu mengenai GPS Bestari, guru ini teruja kongsi berita sekolah