McDonald’s Anugerah Guru Inspirasi kini kembali buat kali keempat bagi menghargai guru-guru yang telah melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik.

Seorang guru yang sedia membantu, membuka minda dan menyentuh hati kita. Mereka banyak membantu dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Tahun ini pelajar berpeluang sekali lagi berkongsi cerita inspirasi bersama guru yang dicalonkan…

Ikuti catatan hati seorang guru bernama Cikgu Khairil Azmir Ahmad, Ketua Panitia Seni Visual, SMKA(P) Alawiyah Kangar. Apabila dirinya sendiri dicalonkan sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonal’s oleh pelajarnya, Haziqah Nadiah Idris.

Aku seorang guru seni. Apabila pulang ke tanah air setelah berkhidmat di Borneo, aku ditempatkan di sebuah sekolah di Negeri Perlis.

Selepas setahun, takdir telah menempatkan daku di  SMKA(P) Alawiyah. Terasa kerdil diriku berada di tanah wakaf ini. Berada dalam kalangan warga pendidik yang positif dan anak-anak yang proaktif  membuatkan hatiku tertanya-tanya, mampukah daku mencurahkan bakti di sini.

Namun kakiku terus melangkah. Awal-awal lagi daku telah diamahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tingkatan 1 hingga 5.

Walaupun berasa penat dengan jadual waktu yang padat, iaitu 38 masa seminggu, namun, daku berasa puas dan gembira melihat keceriaan anak-anak ini belajar tentang seni.

Sebagai seorang guru, aku gemar untuk berinovasi semasa proses pdpc.

Setiap masalah yang wujud semasa pdpc, daku tukarkan menjadi satu peluang keemasan untuk berinovasi. Sungguh pun banyak kekangan, namum inovasi-inovasi tersebut membuahkan hasil.

Alhamdulilah, inovasiku telah mendapat tempat pertama peringkat negeri dan tempat kedua peringkat kebangsaan. Daku juga telah mendapat pingat emas dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa di Bangkok.

Namun semua ini bukanlah niat sebenarku. Impianku hanyalah mahu anak didikku memahami ilmu yang daku sampaikan dengan baik. Aku ingin melihat anak-anak didikku serta masyarakat memahami bahawa seni bukanlah sekadar melukis di atas sehelai kertas.

Masih lagi terngiang-ngiang di cuping telingaku, arwah ayahku yang dahulunya seorang guru pernah berpesan. “Jangan jadi cikgu pengecut”. Maksud beliau ialah, menjadi seorang guru mestilah berani melalui segalanya untuk berjaya.

Tanggal 30 April 2020, daku dikhabarkan dengan berita bahawa diriku telah terpilih sebagai Guru Inspirasi McDonalds. Perkhabaran tersebut telah disampaikan oleh En. Hafiz dari pihak McDonalds melalui panggilan video.

 Rupa-rupanya namaku telah dicalonkan oleh seorang pelajar secara diam-diam. Pelajar tersebut ialah Haziqah Nadiah Idris. Pelajar ini menjadi muridku sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Haziqah merupakan seorang pelajar yang pendiam dan introvert.

Tidak kusangka, pelajar ini ingin mengambil subjek PSV sebagai subjek elektif dalam peperiksaan SPMnya. Minatnya dalam bidang seni membuatkan pelajar ini mendapat keputusan A+ dalam keputusan peperiksaan SPM yang telah diumumkan baru-baru ini.

Aku bersyukur dan tidak menyangka bahawa diriku merupakan guru inspirasinya. Terima kasih Haziqah. Tanpa anda, cikgu bukanlah siapa-siapa. Terima kasih McDonalds.

Artikel berkaitan:

Kenali 15 guru hebat dan handal, ikuti perkongsian Cikgu Fadhli Salleh tentang mereka

Musim PKP: Gigih Cikgu Nazmi jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi