Sebelum ini GPS Bestari pernah berkongsi kisah tentang seorang guru, yang memperkenalkan ‘Sekolah Pokok’ dan ‘Ukelele’ untuk subjek Bahasa Inggeris di sekolah orang asli SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang.

Namun, kini Cikgu Samuel Isaiah terpaksa melalui detik sedih apabila terpaksa meninggalkan murid-murid orang asli yang sudah dianggapnya sebagai anak itu kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang Kepimpinan  dan Polisi Pendidikan (Pendidikan Global dan Perbandingan) di State University of New York di  Albany, New York, Amerika Syarikat.

Ikuti catatan hati penerima Anugerah Guru Adiwira 2019 ini

Setelah hampir dua bulan berada di Amerika Syarikat, saya kerap terkenangkan rutin harian sejak lapan tahun yang lalu. Pagi saya bermula awal dan setiap kali saya menapakkan kaki keluar dari kereta setelah perjalanan yang jauh dari rumah, saya akan dengar jeritan riang anak-anak Orang Asli saya.

Sirrrrrr!!!

Atau

Oi sir!

Bunyinya macam kasar, tapi itulah tanda kemesraan yang mereka cuba tunjukkan.

Hahaha

Saya teruskan berjalan, melewati kantin dan sempat juga menegur murid-murid yang menyambut kedatangan saya dengan senyuman.

Untuk ke kelas, saya harus berjalan melalui kelas tahun satu dan dua. Saya tidak mengajar mereka, tetapi hubungan kami begitu akrab.

Mereka akan berlari keluar daripada kelas dan berkerumun mengelilingi saya. Anak-anak ini tidak akan berpuas hati sekiranya saya tidak memberi mereka ‘high-5’, menyentuh pipi dan kepala mereka dengan lembut dan penuh kasih sayang.

Itulah rutin saya selama lapan tahun mengajar di SK Runchang, Muadzam Shah Pahang.

Selepas itu saya akan terus berjalan ke kelas, pada saat itu saya sudah mula dengar bebelan anak-anak murid kelas saya, kerana telahan mereka  saya sudah lambat ke sekolah.  

Padahal, mereka yang terlebih awal sebenarnya!

Hahahaha.

Melangkahkan kaki sahaja ke dalam kelas, mereka akan berteriak gembira.

“Hi Sir!”

Kami akan ‘high-5’ dan terus ke meja yang telahpun dikemas rapi oleh mereka.

Sebelum ini, saya menghadapi masalah untuk menyuruh mereka mengemas kelas, dan segala teguran saya tidak diendahkan mereka.

Namun, beberapa tahun yang lalu saya mencuba pendekatan lain tanpa sebarang kata-kata. Saya akan kemas tempat mereka, menyapu kelas, dan membuang sampah setiap hari dengan senyuman.

Hari demi hari selepas melihat apa yang saya lakukan, mereka dengan rela hati membantu saya, dan kami bersama-sama seronok mengemas kelas.

Ketika mendapat tawaran belajar ke New York, Amerika Syarikat,  saat paling sukar adalah untuk menerangkan kepada anak-anak saya yang saya bakal sambung belajar di luar negara.

Mereka sukar memahami, dan berkali-kali juga mereka pujuk saya agar bertukar fikiran. Berita mengenainya telah pun diketahui mereka sejak pertengahan tahun lalu, dan saya sangat berharap mereka dapat memahami dan menerimanya.

Namun, semakin hampir kepada hari terakhir saya, raut wajah mereka cukup berbeza, suasana kelas suram, dan tangisan mengiringi percakapan mereka.

Sukar nak digambarkan betapa sebaknya hati saya. Mereka umpama anak, bila melihatkan wajah sedih, dan juga tangisan mereka… hati saya jadi remuk dan tersentuh.

Pada hari terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Runchang, guru-guru dan murid-murid telah meraikan saya dalam satu majlis yang ‘simple’ tetapi sangat menyentuh hati saya.

Semua invidu di sekolah ini melayan saya seperti keluarga. Walaupun berlainan bangsa, keakraban yang telah dipupuk selama ini tiada tandingannya bagi saya.

Perjalanan pulang dari sekolah terasa amat lama pada hari itu, dan ketika memandu keluar dari kampung, saya cuba mencari sebab untuk tidak pergi.

Hati saya bercampur baur… apatah lagi mengenangkan wajah sedih dan tangisan yang mengiringi pemergian saya.

Selama lapan tahun, setiap hari saya di sekolah merupakan hari yang menggembirakan dan penuh bermakna bagi saya.

Kehidupan saya kini jauh berbeza, namun saya pasti bahawa segala ilmu yang bakal saya pelajari di sini akan saya bawa pulang demi kemenjadian masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Tip Penting:

Tidak mampu bawa murid ke kolam renang awam, cikgu lakukan ini untuk gembirakan mereka

Tidak gentar dengan asakan, pasukan Delok Gator Takraw SK Nanga Delok digeruni pasukan lawan

Tajuk ramalan Sejarah SPM bagi tingkatan lima. Ada sembilan bab semuanya

Cikgu Rosle kongsi 10 tajuk ramalan Sejarah SPM bagi tingkatan empat. Dah boleh hafal sekarang!

Skor subjek Fizik SPM dengan empat tip mudah daripada Cikgu Ajwad

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai