Dalam organisasi memang banyak cabarannya, antaranya adalah sikap manusia itu sendiri. Di mana sekali pun, pasti tidak lari daripada cabaran tersebut termasuk di dalam institusi pendidikan.

Di bawah ini Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Pusat Tingkatan Enam SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, Cikgu Razali Saaran berkongsi tiga tip bagaimana untuk berhadapan dengan mereka yang tidak beradab semasa bekerja.

1. Diamkan diri ketika mereka menyebut sesuatu yang menyakiti hati kita. Bukan mengalah, tetapi untuk mengawal kemarahan kita. Apabila telah tenang, baru kita bercakap.

2. Elakkan berkomunikasi dengan mereka yang menyakiti kita buat sementara waktu. Jika terpaksa, minimumkan butiran percakapannya. Tujuannya untuk menyedarkan mereka tentang budi bahasa. Apabila kita kurang bercakap dengan mereka, Insya-Allah mereka akan faham mengapa kita buat begitu. Kita bukan ego. Kita hendak mengajar mereka bagaimana mengawal ego.

3. Wujudkan sedikit  gap selepas itu supaya mereka tidak lagi berani bertindak sesuka hati dengan kita. Gap yang ada itu menjadikan hubungan sekerja itu Lebih formal berbanding santai sebelum ini.
 

Artikel pilihan

Jika murid anda kidal, ini yang perlu dilakukan...

Jadilah ketua yang disukai, guru ini ada tipnya

Tiga sebab ini perlu ada, jika mahu jadi guru yang cemerlang dan bernilai