IPOH – Bagi meningkatkan kesedaran dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya beberapa agensi bergabung Jelajah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Peringkat Sekolah Menengah Jajahan Kota Bharu 2018.

Program dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Pejabat Pendidikan (PPD) Kota Bharu dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan.

Turut berkerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan dan Akademi Memandu Nasrom Sdn Bhd.

Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kelantan, Sepian Nor berkata, memandangkan pelajarnya bersilih ganti, maka program sebegini haruslah sentiasa dilaksanakan supaya matlamat memberi pendidikan keselamatan jalan raya itu dapat diterapkan kepada pelajar.

 

Tetamu majlis perasmian PKJR Peringkat Sekolah Menengah Jajahan Kota Bharu 2018.

"Sebenarnya, di peringkat sekolah, pendidikan keselamatan jalan raya ini terkandung di bawah mata pelajaran Bahasa Melayu dan ia lebih bersifat praktikal.

"Melalui praktikal ia lebih efisen kesannya.. kadang-kadang pelajar kita tengok tanda isyarat jalan raya mereka tidak tahu, Sebab itulah dengan adanya program sebegini ia dapat memberi input kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demkian ketika berucap merasmikan program jelajah di Dewan SMK Putera, Kompleks Sekolah-sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Hadir sama Ketua Seksyen (Bahagian Pelesenan Pemandu) JPJ Negeri Kelantan, Sanusi Osman, Pegawai Pelaksanaan Program JKJR, Syuriati Sulaiman dan Pegawai Penyelaras Projek JKJR, Hanazaine Hanafi.

Siri Jelajah PKJR pertama bermula di SMK Raja Sakti, Kota Jembal dengan melibatkan seramai 88 pelajar tingkatan empat dan lima.

Pelajar terlibat diberi ceramah selama dua jam yang merangkumi dua bahagian, iaitu bahagian pertama berkenaan langkah keselamatan sebelum dan semasa menunggang motosikal serta memandu kereta di jalan raya.

Bahagian kedua pula menyentuh soal pembentukan pemandu yang berhemah di peringkat kumpulan umur yang sudah layak untuk mempunyai lesen memandu.

Pada siri kedua, penekanan lebih tertumpu kepada pemilikan lesen memandu dalam kalangan pelajar yang sudah cukup umur untuk mempunyai lesen memandu sebelum menunggang atau memandu kenderaan di jalan raya.


 

Ab Halim (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Sepian.

 

Pelajar melihat maklumat yang dipaparkan AMN di ruangan pameran.

 

Pelajar SMK Putera, SMK Puteri, SMK Kota Bharu dan SMK Sultan Ismail.

 

Pelajar mengambil kesempatan mendapatkan input keselamatan jalan raya di kaunter JKJR.

 

Ab Halim bersama Sepian, Syuriati, Nursafriza dan Sanusi melawat kaunter pameran JKJR.

 

Sepian ketika berucap pada majlis perasmian.

 

Pegawai Pemasaran AMN, Farhan Faris menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan yang diutarakan penceramah JKJR.

Seorang pelajar menjawab soalan yang dikemukakan penceramah dari JKJR, Hanazaine.