"ANAK murid saya. Murid Tahun Tiga. Anak murid yang tak banyak masalah. Anak murid yang rajin dan selalu siap kerjanya. Allah sayang padanya.

Demikian perkongsian yang sangat menyentuh hati dari guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah, Siti Haidah Abdul Hamid berkenaan kematian seorang murid kelasnya.

Ini juga sebagai peringatan kepada ibu bapa, mohon cakna anak-anak. Mari kita ikuti perkongsian beliau.

+++

Tengah hari semalam (9 November 2019) mendapat perkhabaran duka tentang kehilangan seorang murid SK Batu Belah.

Anak murid saya. Murid Tahun Tiga. Anak murid yang tak banyak masalah. Anak murid yang rajin dan selalu siap kerjanya. Allah sayang padanya.

Apa yang saya nak kongsikan ialah tentang sakitnya.

Menurut ibunya, arwah mendapat sakit macam bisuk di kakinya. Sudah dirawat di klinik swasta.

Sudah diberi ubat namun tak baik juga.

Akhirnya dia sakit kaki yang amat sangat sehingga tak boleh berjalan. Dibawa ke klinik kerajaan terus dirujuk ke hospital kerajaan.

Hasil pemeriksaan, arwah dibedah untuk membuang nanah.

Sehari selepas pembedahan, arwah mengalami sakit perut yang amat sangat dan akhirnya tak sedarkan diri.

Dimasukkan ke ICU. Doktor membuat pemeriksaan 'details' dan keputusannya menyatakan kuman dah merebak ke seluruh badan arwah... paru-paru dan jantungnya dah tak berfungsi dengan baik. Akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan ibunya.

Ibunya seorang yang sangat tabah. Tiada pun setitis air matanya tumpah di hadapan saya sepanjang dia bercerita.

Hatinya telah redha dengan ujian Allah walaupun sangat berat. Arwah anak syurga.

Pengajaran buat saya dan sesiapa pun, sekiranya ada keluar tanda yang kita ingat itu bisul, cepat-cepat dapatkan rawatan ke klinik atau hospital.

Sebab selepas saya ceritakan punca kematian, ada kawan yang kongsikan cerita yang lain berkenaan dengan bisul ni. Memang bahaya jika tak dirawat lebih awal.

Maaf la posting kali ni agak panjang. Semoga memberi manfaat kepada yang sudi membacanya sehingga habis.

Selepas ni takde la panggilan nama Mohd Syah Rizal di kelas 3 UPM...

***Mohon sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah.

 

Sumber: FB Cikgu Haidah Hamid

Artikel Menarik:

Sistem ukuran metrik baharu akan diperkenalkan kepada murid tahun empat 2020 - Cikgu Shahril

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

Semakan keputusan UPSR dan PASR, 21 November ini