JOHOR BAHRU - Seramai 138 murid di daerah ini dilaporkan menghidap demam dengan gejala disyaki influenza setakat kelmarin.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri,  Aminolhuda Hassan berkata, majoriti murid berkenaan  mengalami gejala demam dan dinasihatkan   supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan risiko kemungki-nan menjangkiti murid lain.

“Influenza mudah berjangkit dan tindakan pencegahan  perlu diambil, namun ibu bapa  serta guru tidak perlu panik," katanya selepas Kempen Pencegahan Influenza A Bagi Sekolah-sekolah di Daerah Johor Bahru di Sekolah Kebangsaan ( SK) Taman Damai Jaya Skudai di sini semalam.

Aminolhuda juga menegaskan, wabak influenza di Johor  masih terkawal.

“Minggu lalu seramai sembilan kanak-kanak disahkan positif influenza,” katanya.

Beliau berkata, Johor Bahru adalah daerah yang pertama mengadakan kempen berkenaan kerana terdapat paling banyak sekolah iaitu 97 buah membabitkan sekolah rendah dan menengah.

Beliau berharap kempen itu dapat meningkatkan tahap kesedaran  mengenai usaha mengelak influenza termasuk dengan mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran sekolah.

Sementara itu di Ayer Hitam, Kedah, seramai 65 murid  termasuk guru di 39 sekolah  rendah dan menengah disahkan dijangkiti influenza sehingga semalam.

Exco Pendidikan, Dr Salmee Said berkata, walaupun jumlah  itu meningkat tetapi tiada sekolah yang ditutup kerana keadaan masih terkawal.

Menurutnya, sebanyak tujuh  daerah direkodkan iaitu Kuala Muda/Yan melibatkan 11 sekolah, Kulim/Bandar Baharu (11), Kubang Pasu (lapan), Kota Setar (empat), Pendang dan Padang Terap masing-masing dua sekolah dan Sik melibatkan sebuah sekolah.

Artikel Menarik:

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Seronok rupanya kaedah ‘Flipped Classroom’ - Untung budak sekarang

Cara ustaz ini ajar Pendidikan Islam buat pelajar benar-benar faham konsep aurat