KOTA TINGGI - Sebanyak 74 sekolah Daerah Kota Tinggi menyertai Karnival Pemulihan Khas (KAPEM), di SKS City Mall, Bandar Penawar.

Sekolah yang terlibat terdiri daripada 57 sekolah rendah, sembilan sekolah jenis kebangsaan Cina, tujuh sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sebuah sekolah rendah agama bersepadu (SRAB).

KAPEM bertujuan memberikan pengalaman dan kegembiraan kepada murid Pemulihan Khas Daerah Kota Tinggi menerusi penglibatan mereka dalam program tersebut.

Ia juga memupuk murid-murid Pemulihan Khas mempunyai sikap positif seperti percaya, yakin kepada diri sendiri dan perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental.

Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan antaranya pertandingan nyanyian, kuiz bahasa Melayu dan kuiz Matematik selain pameran serta jualan bahan bantu mengajar.

Diharap KAPEM dapat memberi pelbagai pengalaman menarik kepada semua peserta untuk setiap aktiviti yang dijalankan.

ARTIKEL MENARIK:

‘Ibu kata, cikgu tak boleh rotan dan apa-apakan kita’- Luluh hati guru dengar ungkapan murid ini...

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR

Tiga jenis makanan ini bantu kuatkan daya ingatan...nombor satu senang nak cari

23 cara mengawal murid dalam kelas.. cara ke 5 tu buat murid sentiasa teruja