KLUANG – “Selepas dapat keputusan STPM baru-baru ini, saya lebih banyak fikirkan masa depan,” kata S Pavitira, 20.

Pavitira yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil peroleh keputusan cemerlang dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Menurutnya, setiap hari dia memikirkan bagaimana mahu dapatkan kewangan yang cukup untuk memulakan pendaftaran di universiti kerana ayahnya, S Suresh, 52, hanya pesara tentera dan bekerja sendiri.

“Ayah dapat duit pencen RM1,800 sebulan dan tidak cukup untuk saya melanjutkan pelajaran apatah lagi seorang lagi kakak saya juga menuntut di universiti awam,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menerima sumbangan daripada Penyelaras Pertubuhan Integrasi Nasional (PIN) Cawangan Kluang, G Raman di rumahnya, kelmarin.

Sementara itu, S Suresh berterima kasih kepada pihak yang prihatin keadaan ekonomi keluarganya.

“Sumbangan ini akan digunakan sebaiknya. Semoga dengan sumbangan itu juga akan meningkatkan semangatnya untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya mengubah kehidupan keluarga pada masa akan datang,” katanya.

Artikel mesti baca

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan.. Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

'Jika cikgu jadi guru pengiring, ini SOPnya' - Cikgu ini senarai panduan penting untuk guru baharu

Guru masih dirawat di hospital, jenazah tiga pelajar ini selamat dikebumi

Noriman sempat beli gelang untuk kakak, sebelum kejadian dia pendiam - Abang cerita perubahan adik

'Dia anak paling sennag jaga, kalau saya bagi duit, dia suruh bagi pada adiknya dulu' - luah bapa