Menerima 15 anugerah di peringkat kebangsaan, tujuh Anugerah Kualiti dan Inovasi Pendidikan Daerah Kota Tinggi selain beberapa anugerah lagi sepanjang tahun lalu membuatkan warga SK Laksamana, Kota Tinggi, Johor menutup tirai 2019 dengan prestasi yang membanggakan.

Mempunyai barisan guru yang komited, bekerja dalam satu pasukan, berdaya saing, kreatif dan berinovasi adalah rahsia utama kejayaan SK Laksamana.

Bibi Sakinah bersama piala dan sijil Anugerah Kualiti dan Inovasi Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Lebih membanggakan, penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang sentiasa proaktif dan  sukarela menjalankan program untuk kecemerlangan murid SK Laksamana turut menjadi faktor penting dalam kemenjadian murid dan pencapaian cemerlang sekolah itu.

SK Laksamana turut menerima Anugerah Kecemerlangan Flipped Classroom Negeri Johor 2019, Anugerah Perak (kedua terbaik di dalam daerah Kota Tinggi) selain turut menyertai acara di peringkat antarabangsa, iaitu Festival Layang-layang Sedunia dan Pertandingan Esei Online peringkat Antarabangsa.

Guru Besar SK Laksamana, Bibi Sakinah Haron Khan berkata, pencapaian berganda  penutup 2019 itu adalah hadiah bermakna buatnya yang bakal bersara penghujung tahun ini.

Bibi Sakinah menerima piala dan sijil bagi Anugerah Kualiti dan Inovasi Pendidikan Daerah Kota Tinggi daripada Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan JPN Johor, Md Buang Saibani.

“Kejayaan yang dicapai sekolah ini adalah atas usaha pihak sekolah. Selaku pentadbir, saya suka melihat kejayaan orang lain selain mendampingi orang yang berjaya di sekeliling kita.

“Bahkan saya juga sentiasa menyarankan kepada pendidik agar sentiasa menerima pandangan dan pendapat orang lain, bersedia tingkatkan motivasi diri dan ilmu, tidak merungut atau mengeluh serta sanggup berkorban masa, tenaga dan juga wang ringgit,” katanya.

Menurut Ikon Guru Negeri Johor 2015 itu,  beliau berasa bersyukur apabila dikelilingi oleh orang yang hebat dan sama-sama memacu kecemerlangan organisasi.

“Kejayaan yang dikecapi sekolah adalah kejayaan semua. Saya hanya penggerak sahaja, selebihnya adalah usaha warga sekolah serta gandingan mantap  guru senior, pertengahan dan baru.

"Tidak lupa juga sokongan kuat daripada PIBG dan PIBK yang sentiasa memikirkan yang terbaik buat sekolah,” katanya.

Bibi Sakinah (duduk, tengah) bersama warga SK Laksamana ketika Team Building dan K-Iktiraf yang diadakan di Savana Hill, Hulu Sungai Tiram.

Bagi memupuk rasa kebersamaan, tolong menolong dan sentiasa bekerjasama dalam kalangan guru, wanita yang telah berkhidmat selama 35 tahun itu sentiasa menjadikan dirinya sebagai model peranan,  sama-sama turun padang membantu dan menghargai serta memberi pengiktirafan kepada guru yang berkerja keras dan mencipta nama dengan pelbagai kejayaan.                                     

Atas usahanya itu, beliau yang mesra dengan panggilan Bonda dalam kalangan murid dan guru itu turut menerima Anugerah Kepimpinan Guru Besar Idea Juara Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti & Sektor Swasta (PIBKS) pada 29 Disember lalu.   

Bibi Sakinah (dua dari kanan) bersama Azman (empat dari kanan) meraikan kejayaan SK Laksamana di Putrajaya ketika Konvensyen Sukarelawan dalam Kelas

“Anugerah ini diterima kerana usaha yang konsisten dalam menggerakan organisasi ke arah sekolah berkualiti dan kemenjadian  murid.  Sudah tentulah saya berasa bersyukur dan

terharu apabila diberi kepercayaan berkongsi pengalaman mengenai PIBKS di negara jiran, seluruh negeri, daerah dan institusi,” katanya.

Menurut beliau, Anugerah Kualiti yang diterima berdasarkan kepada prestasi di peringkat  daerah, negeri dan kebangsaan terutamanya dalam  hubungan, jaringan, jalinan, pencapaian dan penglibatan.

Anugerah

Peringkat Antarabangsa

 1.  Festival Layang-layang Sedunia (Penyertaan)

 2.  Pertandingan Esei Online (Penyertaan)

 

Peringkat Kebangsaan  

1. Anugerah 3K Kebangsaan sempena Pameran 3K                                               

2. MSSM Bola Baling di Perak (Johan)

3. MSSM Tenpin Bowling, Sunway Piramid, Selangor (Saguhati)

4. Agnoree peringkat kebangsaan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Terengganu (Naib Johan Keseluruhan)

5. Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik Kempen 3R - (Pingat Emas)

6. Pertandingan Sains Kancil (Pingat Perak)

7. Makex Robotics Competition Malaysia (Pingat Perak)

8. Anugerah Pusat Sumber Sekolah (Tempat Ketiga)  

9. Pertandingan Bercerita Bahasa Arab (Pingat Emas)

10. Anugerah 3K Sayangi Sekolahku Peringkat Kebangsaan (Tempat Ketiga)

 

Peringkat Negeri

1. Anugerah Kecemerlangan Flipped Classroom Negeri Johor 2019

2. Kejohanan Bola Baling peringkat negeri dan MSSM - Johan

3. Anugerah Kualiti dan Inovasi Pendidikan Daerah Kota Tinggi

 - Anugerah Kualiti Sekolah Gemilang

 - Anugerah Kualiti Kepimpinan Inovasi Sekolah Rendah     

 - Anugerah Kualiti Pengurusan 3K      

 - Anugerah Kualiti Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Rendah    

 - Anugerah Kualiti Pengurusan Kantin

 - Anugerah Kualiti Kecemerlangan Perkongsian Pintar

 - Anugerah Kualiti Kelab dan Persatuan

4. Anugerah Pusat Sumber (Johan)

5. Anugerah Guru Cemerlang Kelab Doktor Muda (Cikgu Kintan  Ahmad - Johan)

6. Khemah Ibadat Sekolah-sekolah (KISS) KPM (Peserta Terbaik negeri)

Artikel lain:

11 Kantin sekolah dengan dekorasi mewah ini patut jadi destinasi lawatan penanda aras

Cikgu boleh semak ujian kesihatan mental di sini…

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020