PONTIAN - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menderita kanser ovari tahap empat terpaksa melupakan impian ke sekolah bagi memberi perhatian kepada rawatan penyakitnya.

Nur Zalikha Abdul Rahman, 17, kini bergantung kepada kemoterapi dan ubat-ubatan.

Berkongsi kisahnya, Nur Zalikha berkata, dia menyedari benjolan di bahagian bawah tulang rusuk selepas kemalangan motosikal pada Disember tahun lepas.

“Akibat kemalangan itu, benjolan itu pecah dan merebak ke dalam organ dalaman badan.

“Doktor mengesahkan saya menghidap kanser ovari tahap empat dan perlu menjalani rawatan kemoterapi sejak dua bulan lepas,” katanya ketika menerima kunjungan rakan-rakan dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ali Haji Ahmad (SDAHA) di rumahnya di Kampung Parit Semerah di sini semalam.

Kunjungan yang diketuai Pengetua, Hamid Selamat itu ternyata menyentuh hati Nur Zalikha kerana terlalu rindu untuk kembali ke sekolah.

Katanya, selepas kemoterapi, badannya panas dan sesak nafas namun dia perlu kuat untuk pulih.

Kakaknya, Nor Jannah, 26, berkata, Nur Zalikha adalah anak bongsu daripada lima beradik  yang kini menjadi keutamaan keluarganya.

Katanya, Nur Zalikha tidak pernah diabaikan lebih-lebih lagi selepas bapa mereka meninggal dunia dua tahun lepas akibat kanser paru-paru.

“Ibu, Jumaeiah Sitar, 59, bekerja sebagai pembantu tabika Kemas. Saya akan tolong ibu jaga adik,” katanya.

Sumbangan boleh dilakukan melalui nombor akaun Bank Rakyat Jumaeiah, 2201 3160 7071.  

Artikel lain:

‘Ibu kata, cikgu tak boleh rotan dan apa-apakan kita’- Luluh hati guru dengar ungkapan murid ini...

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR