KOTA TINGGI - Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal Yamaha Y15 yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di KM 67 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu menyebabkan mangsa Muhamad Afiq Mohd Abd Wahab, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laksamana itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Pasak.

Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Muhamad Afiq melanggar belakang Toyota Hilux.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Menarik:

Cikgu, budimmu kubawa mati! - Tulisan Datuk Jalil yang menyentuh hati

Tambah jumlah pelajar ke matrikulasi kaedag terbaik beri pendidikan untuk semua kaum - Maszlee

'Beg mahal dan gelang emas ni untuk aku?' - Guru terkejut terima hadiah anak murid

Ini senarai biasiswa yang masih dibuka untuk lepasa SPM mohon

KPM guna premis dan kepakaran IPG tampung penambahan jumlah pelajar matrikulasi - Maszlee