DUGAAN berat seorang bapa apabila kehilangan dua orang tersayang selang dua hari.

Zayadi Mohamad, 46, merupakan bapa Muhammad Syafawi, 17, salah seorang pelajar yang maut selepas terlibat kemalangan petang kelmarin bagaimanapun reda dengan ujian Tuhan.

"Dua hari lepas adik bongsu saya meninggal kerana sakit. Tak dapat bayangkan jika berlaku terhadap orang lain mungkin tak dapat lalui keadaan ini, namun saya berserah kepada ALLAH.

"Kita semua hak ALLAH bila-bila masa Dia boleh ambil jadi kena reda walaupun berat," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Gugusan Lok Heng.

Mengulas mengenai perubahan anaknya, Zayadi berkata, akhir-akhir ini anaknya itu suka menyendiri, duduk berseorangan dan tidak seceria selalu.

Menurut bapa kepada enam orang anak itu, Syafawi anak kedua dalam keluarga merupakan seorang tidak pernah merungut dan tidak pernah menyusahkan orang tua sejak dari kecil.

"Berita kemalangan anak dimaklumkan oleh jiran sebelah semasa dalam perjalanan ke lokasi jiran sekali lagi hubungi memaklumkan anak sudah tiada.

"Dia anak paling senang dijaga dan ringan tulang. Kalau saya bagi duit sekolah dia suruh bagi kepada adik terlebih dahulu.

"Saya juga dapat rasakan pelukan dan ciuman ketika bersalam ke sekolah akhir-akhir ini lain luahan rasa sayangnya kepada saya," katanya.

Artikel berkaitan:

Noriman sempat beli gelang untuk kakak, sebelum kejadian dia pendiam - Abang cerita perubahan adik

Guru masih dirawat di hospital, tiga pelajar selamat dikebumi - 10 gambar

Jenazah tiga pelajar disembahyangkan di surau SMK Lokman Hakim, dikebumikan satu liang lahad

'Sayalah guru pengirung yang didakwa di mahkamah'

'Jika cikgu jadi guru pengiring, ini SOPnya' - Cikgu ini senarai panduan penting untuk cikgu baharu

Komen cikgu ini mengenai SOP guru pengiring dapat perhatian Maszlee dan ini jawapan balas menteri

Cikgu Noorjahan beri cadangan dan kongsi kaedah sekolahnya bawa pelajar ke pertandingan