Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana, Kota Tinggi, Johor, menggabungkan tiga majlis dalam satu program bagi memberi pengiktirafan pelbagai pihak dan memberi pendedahan kepada murid.

Bagi memberi pengiktirafan kepada ibu bapa dan waris pelajar dalam menjayakan setiap program yang dilaksanakan sepanjang tahun lepas, SK Laksamana mengadakan Program Pembugaran PIBKS Boom Awesome sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diadakan 1 Mac lalu.

Cikgu Bibi Sakinah (belakang, tiga dari kanan) ketika menyambut ketibaan Timbalan PPD Pembelajaran, PPD Kota Tinggi, Samsuddin Arifin (belakang, empat dari kanan) sempena
mesyuarat agung PIBG sekolah itu.

Guru Besar, Bibi Sakinah Haron Khan, berkata, ibu bapa yang secara konsisten membantu program sekolah sama ada bantuan dari segi tenaga mahupun idea diberikan sijil dan hadiah.

"Pihak sekolah amat menghargai ibu bapa yang banyak memberi sumbangan, mereka sentiasa ada setiap kali SK Laksamana menjalankan program, ada yang membantu pengajaran dalam bilik darjah, menyelenggara dan membaiki kerosakan kecil di bangunan sekolah, naik taraf kemudahan dan tandas.

"Oleh itu sempena mesyuarat PIBG kali ini kita lancarkan sekali Program Pembugaran PIBK Boom Awesome supaya lebih ramai waris berkeinginan untuk turut sama memajukan sekolah," katanya.

Majlis dirasmikan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hal Ehwal Murid, PPD Kota Tinggi, Johor, Roslan Mohamad Noh.

Roslan (lima dari kiri) ketika melakukan gimik perasmian sambil diiringi Cikgu Bibi Sakinah (dua dari kanan) dan Yang Dipertua PIBG, Ahmad Tugi Siran (empat dari kiri).

Cikgu Bibi Sakinah pernah dinobat Ikon Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) 2016 dan turut menjadi kumpulan penggerak PIBKS peringkat kebangsaan membuatkan SK Laksamana menjadi tumpuan lawatan penanda aras seluruh negara.

Beliau berkata, pada Mesyuarat Agong PIBG itu juga turut diadakan Hari Apresiasi Pelajar yang mana pengiktirafan diberikan kepada semua murid Tahun Dua hingga Tahun Enam berdasarkan pentaksiran bilik darjah.

"Setiap murid SK Laksamana menerima buku dan sijil pengiktirafan yang diberikan bagi menyuntik semangat untuk mereka lebih berusaha mencapai kejayaan," katanya.

Lebih menarik, pihak sekolah turut mengadakan  K-Tijarah Fundrises 4.0 bagi memberi peluang unit badan beruniform mencari dana untuk menampung kos aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Savanah Hill merangkap bapa angkat SK Laksamana, Yunos Malik menyampaikan sumbangan kepada Cikgu Bibi Sakinah untuk perkembangan SK Laksamana.

"K-Tijarah Fundrises 4.0 berkonsepkan pasar ini diadakan di padang sekolah yang mana semua uni badan beruniform membuka gerai jualan selain gerai pihak luar yang turut dibenarkan menjalankan urus niaga.

"Sebanyak 15 peratus daripada keuntungan yang dijana perlu disumbangkan kepada PIBG manakala selebihnya menjadi hak milik unit badan beruniform berkenaan manakala bagi pihak 30 peratus daripada keuntungan disumbangkan kepada PIBG," katanya.

Selain itu, agensi penguatkuasa turut berpeluang membuat pameran.

Reaksi

"Alhamdulillah,  dengan konsep jariah, banyak saya dapat membantu dalam meringankan beban guru. Terima kasih SK Laksamana kerana memberikan pengiktirafan kepada kami." - Waris, Ellina Saiful Bahrin

"Dengan adanya  pelancaran PIBK Boom Awesome telah menambah semangat untuk terus membantu sekolah. Kami lebih rasional dan profesional memahami tugas guru sambil melihat sendiri perkembangan anak-anak ketika menjalankan tugas secara sukarela." - Waris, Norhafizah Dolmat

"Saya bertanggungjawab bagi menyelaraskan tugasan PIBK dalam sebarang program sekolah mengikut keperluan setiap unit. Bersempena dengan pelancaran PIBK Boom Awesome ini PIBK yang sentiasa bersama pihak sekolah diiktiraf. Ini juga salah satu tanda terima kasih pihak sekolah kepada kami. Terima kasih kepada bonda Bibi Sakinah kerana telah memberikan Peluang dan ruang kepada kami. Dengan Adanya konsep jariah lebih ramai lagi ibu bapa yang berminat Untuk bersama-sama menyumbangkan tenaga." - Penyelaras PIBK, Noorulhuda Walludin

Roslan (tengah) bersama barisan pentadbir sekolah dan wakil agensi penguatkuasa yang menerima sijil sebagai rakan strategik yang membuat pameran sempena K-Tijarah Fundrises
4.0.

Cikgu Bibi Sakinah (tengah) bersama PIBK yang banyak membantu setiap kali program sekolah.

PIBK yang menjadi tulang belakang SK Laksamana.

Roslan menyampaikan sijil penghargaan kepada Syed Afandi Syed Omar sebagai penghargaan kerana aktif memberi sumbangan kepada sekolah.

Cikgu Bibi Sakinah (tengah) mengiringi Samsuddin (empat dari kiri) ketika melawat gerai pameran PDRM.

Cikgu Bibi Sakinah (tengah) dan Samsuddin (tiga dari kiri) bersama guru SK Laksamana mempromosikan platform media sosial SK Laksamana.

Cikgu Bibi Sakinah (dua dari kanan) bersama rakan guru mengunjungi gerai ais krim yang diusahakan PBSM SK Laksamana.

Roslan

Artikel lain:

RM105,000 untuk dimenangi, guru dan pelajar perlu rebut peluang ini

Senarai tumbuh-tumbuhan terancam yang perlu calon UPSR ingat - Baca perkongsian daripada Cikgu Safuan

Hasil bimbingan tiga guru hebat ini, pasukan inovasi SK Kampung Idaman menang emas peringkat dunia

'Walaupun gambar lama musnah akibat banjir tetapi galeri sekolah ini penuh kesan sejarah'

Dengari suara guru, jangan jadikan pelajar bahan eksperimen - Antara pesan guru ini kepada Dr Radzi