KOTA TINGGI - Jenazah tiga pelajar yang maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua kenderaan petang kelmarin selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, Felda Lok Heng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa dikenal sebagai Mohamad Nor Iman Bastamam, 17, Daing Muhammad Afeeq Mohd Afeeq-ur Rahman, 16, dan Muhammad Syafawi Zayadi, 17, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gugusan Lok Heng.

Jenazah ketiga-tiga pelajar dikebumi dalam satu liang lahad, pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Abdul Rahim Abdul Rani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Selepas tiba di lokasi kita mendapati kemalangan membabitkan dua kereta iaitu Perodua Myvi dan Proton Wira.

"Perodua Myvi dinaiki seorang wanita yang turut cedera parah apabila patah kaki manakala Proton Wira dinaiki seorang guru dan tiga pelajar," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pihaknya dimaklumkan salah seorang pelajar tersepit di dalam kereta manakala dua lagi pelajar tercampak keluar dari kereta.

Katanya, kesemua pelajar berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

"Guru wanita mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala semua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai mengaminkan doa selepas ketiga-tiga jenazah Muhamad Syafawi, Mohamad Noriman, dan Daing Muhammad Afeeq dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lok Heng Barat.

Bapa mangsa, Zayadi Mohamad ketika menyiram air mawar ke atas pusara anaknya Muhamad Syafawi Zayadi yang selamat dikebumikana bersama dua lagi mangsa Mohamad Noriman dan Daing Muhammad Afeeq dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lok Heng Barat.

Beberapa ahli keluarga mangsa kelihatan sebak ketika memberi penghormatan terakhir ke atas mangsa nahas, Muhamad Syafawi, Mohamad Noriman, dan Daing Muhammad Afeeq yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lok Heng, Barat.

Orang ramai membantu menurunkan jenazah Muhamad Syafawi Zayadi, ketika pengebumian bersama dua lagi jenazah iaitu Mohamad Noriman dan Daing Muhammad Afeeq dalam satu liang lahad di Tanah Perkeburan Islam Felda Lok Heng Barat.

AFEEQ

SYAFAWI

NOR IMAN

Artikel berkaitan:

'Jika cikgu jadi guru pengiring, ini SOPnya' - Cikgu ini senarai panduan penting untuk guru baharu

Komen cikgu ini mengenai SOP guru pengiring dapat perhatian Maszlee dan ini jawapan balas menteri

Cikgu Noorjahan beri cadangan dan kongsi sekolahnya bawa pelajar ke pertandingan

Jenazah tiga pelajar disembahyangkan di surau SMK Lokman Hakim, dikebumikan satu liang lahad