BATU PAHAT - Dua guru pelatih dari London ditugaskan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra selama dua minggu, baru-baru ini.

Sepanjang tempoh tersebut, guru pelatih berkenaan iaitu Mr Harry dan Miss Alexander turut berpeluang ke tingkatan 4 Amanah, bagi mengenali pelajar-pelajar di kelas berkenaan.

Selama satu jam sesi suai kenal itu berlangsung malah beberapa aktiviti dan permainan menarik telah diadakan untuk mereka.

Tiga permainan menarik iaitu I Win Red Letter, Teacher Says dan Beetle Game berjaya membuatkan pelajar-pelajar gembira.

Lebih menyeronokkan, pemenang bagi setiap permainan menerima hadiah berupa Milo Nugget atau gula-gula berperisa buah-buahan.

Berakhirnya permainan berkenaan, pelajar tingkatan 4 Amanah diberi peluang untuk bertanyakan apa sahaja soalan berkaitan Negara Kita Malaysia dengan 2 guru pelatih.

Setiap jawapan yang diberikan, cukup menggambarkan yang Mr Harry dan Miss Alexander seronok berada di Malaysia.