Sambutan meriah ketika hari pertama persekolahan membuatkan kehadiran murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, Kota Tinggi, Johor mencapai 97.8% sehingga ke hari ini.

Kemunculan puteri salju di pintu pagar sekolah dengan memberi sebiji epal kepada setiap murid yang datang memberi kegembiraan khususnya murid Tahun Satu dan prasekolah yang baharu melangkah ke alam persekolahan.

Guru Besar, Tugi Wagiman berkata, sambutan yang diuruskan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Ruziah Sanisman memberi kesan yang positif kepada murid.

Epal yang dibeli hasil kutipan guru untuk menyambut kedatangan murid pada hari pertama persekolahan.

Berlainan dengan tahun sebelumnya, pada tahun ini warga Pejabat Pendidikan daerah (PPD) Kota Tinggi dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Zawawi Ibrahim dan AJK PIBG turut sama turun padang menyambut kedatangan murid.

Tugi berkata, sejak tahun lepas mereka menyambut kedatangan murid di pintu pagar sekolah setiap hari.

"Guru bersama pentadbir akan diberi tugasan di lokasi tertentu seawal jam 7.20 pagi untuk menyambut kedatangan murid.

"Tetapi kami hanya beri epal pada hari pertama persekolahan sahaja," katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Zaini Ibrahim berkata, tahun lalu pihak sekolah menggunakan maskot untuk memeriahkan hari pertama persekolahan tetapi disebabkan bayarannya agak tinggi maka pihak sekolah sepakat untuk mencari alternatif lain.

"Hasil perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Norhayati Bahari, kami sepakat mengutip derma daripada guru untuk membeli epal dan kami pilih seorang murid perempuan untuk berlakon menjadi puteri salju bagi mengagihkan epal kepada setiap murid," katanya.

Lebih meriah lagi apabila dua pegawai polis dari Balai Polis Bandar, Kota Tinggi turut serta menyambut murid pada hari tersebut.

Reaksi

"Saya gembira melihat kehadiran murid yang ceria dengan berpakaian baharu dan mereka datang awal ke sekolah." - Mohd Asrul Daud, Setiausaha Sukan

"Berasa satu kelainan, tentunya murid berasa bangga kerana mereka diraikan dengan sebiji epal sebaik tiba di sekolah. Lambang kasih sayang guru kepada murid." - Faridah Abdul Kadir, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

"Saya terharu dengan kerjasama guru lain kerana sudi memberi sumbangan wang ringgit bagi menjayakan progam awal persekolahan dan  kehadiran murid 100%."  - Hayati Bahari, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Faridah bertanyakan sesuatu kepada seorang murid yang hadir awal ke sekolah.

Dua pegawai polis dari Balai Polis Bandar, Kota Tinggi turut menyambut kehadiran murid ke sekolah.

Cikgu Zaini (kanan), Tugi (dua dari kanan) bersama dua pegawai polis menyambut kehadiran murid.

Tugi (kanan), Cikgu Ruziah (tengah) dan Cikgu Faridah bersama murid Tahun Empat, Qyreen Qiesya Muhammad Fikry yang menjadi puteri salju menyambut kedatangan murid.

Cikgu Shiva Khumaar menyambut murid yang datang awal di pintu pagar sekolah.

Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Muhammad Hazmin Nafiz Mohd Haizulnizam gembira menerima sebiji epal pada hari pertama persekolahan.

Murid ini gembira menerima sebiji epal pada hari pertama persekolahan.

Dari kiri: Guru Disiplin N Shiva Khumaar; Naib Yang Dipertua PIBG, Muhammad Fauzi Dol dan Cikgu Faridah menyambut kedatangan murid pada hari pertama persekolahan.

Cikgu Faridah bersama puteri salju.

Murid Tahun Satu gembira mendapat sebiji epal pada hari pertama persekolahan.

Guru prasekolah, Rosminah Ramlan bersama seorang murid.

Guru prasekolah, Yurainie Sobiron bersama seorang murid.

Gelagat murid SK Bandar pada hari pertama persekolahan.

Murid membaca ikrar pada setiap perhimpunan pagi.

Dua pegawai polis dari Balai Polis Bandar, Kota Tinggi bersama barisan pentadbir ketika perhimpunan.

Guru dan ibu bapa ketika perhimpunan pagi pada hari pertama persekolahan.

Beratur membeli makanan di kantin ketika waktu rehat.

Murid menikmati bekal masing-masing pada waktu rehat.

Murid perempuan menikmati makanan yang dijual di kantin sekolah.

Suasana ceria di dalam kelas ketika hari pertama persekolahan.

Artikel lain:

Wabak influenza: Hanya sebuah sekolah dan dua kelas ditutup

Wabak influenza: KPM ada mekanisme pemantauan

'Ibu jika sempat buat bekal, sediakanlah. Ajar juga anak berkongsi' - Cikgupun dipelawa makan

Peruntukan RM100 juta buntuk sekolah tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat

Setiap tahun johan peringkat daerah, patutlah kejohanan merentas desa SUTAMA meriah