PONTIAN - Pengasas Batek Alaf Baru, Roslan Idris, 57, dinobatkan Tokoh Guru 2019, sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pontian di Dewan Sri Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat, di sini, kelmarin.

Memulakan kerjaya sebagai guru pada 1984, Roslan menyifatkan anugerah diterimanya sebagai pengiktirafan kepada usahanya mengajar anak bangsa khusus dalam bidang seni visual.

Menurutnya, minat terhadap bidang lukisan masih kuat walaupun sudah bersara sejak lima tahun lalu di SMK Benut.

“Tugas dan tanggungjawab mendidik cukup besar kerana anak bangsa merupakan pelapis masa depan negara.

“Ibarat lukis atas kanvas, guru perlu sabar berdepan karenah murid. Hasilnya nanti akan lahir modal insan sebagaimana falsafah pendidikan negara,” katanya.

Anugerah disampaikan Naib Presiden Bahagian Penjanaan Malakoff Coporation Berhad, Mohd Azmin Ismail.

Artikel menarik:

Dua beradik johan seni khat.. warisi bakat bapa

Rahsia nota kecil ditulis pelajar 19 tahun.. cikgu ini kongsi isi nota buat hatinya tersentuh

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia

'Cikgu, ice box saya ada khinzir.' - Kerana terpaksa ini yang mereka buat selepas itu

'Beg mahal dan gelang emas ni untuk aku?' - Guru ini terkejut terima hadiah anak murid