Walaupun hanya berjumlah 10 orang namun minggu orientasi prasekolah Az-Zahrah, Sekolah Murid Orang Asli Sayong Pinang, Bandar Tenggara, Johor yang diadakan pada minggu pertama dan kedua persekolahan cukup meriah.

Bertujuan memberi pendedahan kepada murid yang baharu ke sekolah menjejakkan kaki ke alam persekolahan dan merapatkan jurang suasana kehidupan di rumah dan di sekolah ternyata ia memberi kesan yang amat besar kepada sesi persekolahan kali ini.

Guru Cemerlang Prasekolah, Alfian Mansor berkata, antara program menarik pada minggu oreinteasi kali ini adalah pembukaan taman tema air prasekolah. 

"Bagi aktiviti taman tema air ini, murid didedahkan dengan aktiviti rutin kebersihan diri seperti memberus gigi, mandi, penjagaan kuku, serta keselamatan dan perlindungan seksual," katanya.

Murid pra sekolah seronok melakukan aktiviti uli doh untuk meningkatkan psikomotor halus.

Ternyata kesan keseronokan belajar itu membuatkan murid hadir 100 peratus ke sekolah berbanding sebelumnya di mana pihak sekolah berhadapan dengan masalah kehadiran murid sebagaimana dihadapi sekolah murid Orang Asli yang lain.

Kata Cikgu Alfian, majlis penutup minggu orientasi yang diadakan pada 9 Januari lalu menyaksikan tiga majlis pelancaran tiga inisiatif pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi serta kemenjadian murid.

"Pada majlis itu turut melancarkan Kit Intervensi Pembelajaran bagi tujuan melengkapkan murid dengan peralatan pembelajaran yang berupa fail, set alat tulis, buku dan rekod semakan ibu bapa," katanya.

Cikgu Alfian dan Pembantu Pengurusan Murid, Suhaila Rahamat bersama cenderamata yang diberikan kepada murid pada hari pertama persekolahan.

Lebih menarik apabila pihak sekolah turut melancarkan Kempen Amalan Menabung bagi menggalakkan murid menabung pada peringkat awal dan Guru Besar, Azmin Wahid dengan murah hati menyumbang kepada setiap murid sebagai permulaan.

"Pada kempen ini setiap murid diberi tabung untuk mereka memulakan tabungan sedikit demi sedikit," katanya.

Turut dilancarkan Sukarelawan dalam Kelas (SDK) yang mana pada program itu, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan sebagai sukarelawan dalam kelas, sama ada sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Cikgu Alfian bersama maskot arnab menyambut murid yang datang ke sekolah.

Sementara itu, Azmin berkata, program minggu Orientasi itu dapat memberi gambaran positif kepada murid untuk menempuhi alam persekolahan.

"Minggu orientasi yang dianjurkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan dapat menarik minat murid untuk mengikuti sesi persekolahan selain ibu bapa untuk terlibat secara langsung dalam segala program yang dilaksanakan di sekolah.

"Pandangan pertama diberi kepada murid yang baharu telah berupaya memberi impak positif untuk murid menempuh alam persekolahan," katanya.

Menurut beliau, pendidikan awal di prasekolah adalah sebagai satu platform untuk memastikan murid meneruskan kesinambungan pendidikan hingga ke arus perdana, sekali gus menamatkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi.

Sekolah Murid Orang Asli Sayong Pinang mempunyai 102 murid kesemuanya dengan 12 orang guru.

Cikgu Alfian dengan dibantu Suhaila mengajar murid menekap cap tapak tangan sebagai kenangan hari pertama persekolahan. Tapak tangan ini akan dibingkaikan dan dihadiahkan
kepada murid pada akhir sesi persekolahan 2020.

 

Reaksi

"Program yang sangat menarik dan dapat memberi persepsi positif kepada murid yang baharu bersekolah. Program Minggu Orientasi ini dapat mengurangkan rasa kebimbangan murid sekali gus mewujudkan mood pembelajaran yang kondusif." - Faizal Anuar Mohd Sani, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

"Sepanjang pemerhatian saya, program orientasi Prasekolah Az-Zahrah ini dijalankan secara berpusatkan murid, iaitu memberi tumpuan sepenuhnya kepada murid. Murid dibimbing daripada sekecil-kecil perkara seperti memakai kasut dan stoking untuk memantapkan kemahiran pengurusan diri mereka." - Cikgu Norain Mohd Yusof, Guru Sains 

"Program orientasi prasekolah Sekolah Murid Orang Asli Sayong Pinang terbaik. Murid diberi banyak pendedahan dengan ilmu pendidikan awal kanak-kanak. Moga terus cemerlang dan anak-anak dapat meningkatkan diri dalam bidang pendidikan." - Ustaz Mohamad Syihan Sudarma, Guru Pendidikan Islam

Murid prasekolah gembira menunjukkan set alat tulis yang diterima pada minggu orientasi.

Murid prasekolah ini tekun menghasilkan rantai leher gergasi. Aktiviti berfokuskan peneguhan psikomotor halus (koordinasi mata-tangan) menguntai penyedut minuman ke dalam
tali.

Murid seronok memakai rantai leher gergasi yang dihasilkan.

Murid diajar cara memberus gigi dengan betul.

Murid seronok dapat bermain air di taman tema mini yang diwujudkan di sekolah. Murid diajar cara membersihkan diri, kebersihan kuku dan pakaian.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.932281.1579049556!/image/image.jpg

Cikgu Alfian menunjukkan cara menjaga kebersihan gigi.

Ibu bapa murid pra sekolah hadir bagi memberi sokongan kepada anak mereka pada Majlis Penutup Minggu Orientasi.

Murid gembira mendapat tabung sempena Kempen Amalan Menabung yang dilancarkan pihak sekolah.

Azmin menyarungkan ves SDK kepada wakil ibu bapa, Hamka Bolhassan sebagai tanda bermulanya peranan SDK bagi sesi 2020.

Cikgu Alfian (duduk, kanan) dan Suhaila (duduk, kiri) bersama murid dan ibu bapa yang hadir pada Majlis Penutup Minggu Orientasi Prasekolah Az-Zahrah bagi sesi 2020.

Artikel lain:

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020