HASRAT salah seorang pelajar yang maut dalam kemalangan untuk bercuti tercapai apabila sempat ke Langkawi bersama ibu bapanya.

Muhamad Marhan Bastamam, 29, berkata, adiknya, Mohamad Noriman, 17, sebelum ini pernah meluahkan rasa hati untuk berjalan jauh dan hasratnya termakbul selepas mengikuti rombongan bersama Felda minggu lalu.

"Hajatnya nak berjalan jauh tercapai bila dapat ke Langkawi dengan mak abah. Sewaktu rombongan itu dia kerap berkongsi gambar bersama mak abah.

"Balik dari Langkawi dia ada beli gelang buat kakak sulung yang rapat dengannya. Masa tu gelang tersebut hilang dan dia bersungguh-sungguh cari sehingga satu rumah. Tak sangka ia pemberian penuh bermakna," katanya.

Tambahnya, adik bongsunya itu seorang yang periang, namun akhir-akhir ini agak pendiam dan suka memerap dalam bilik.

Katanya, apa yang membuatkan kami lebih terkilan adiknya yang mengambil subjek elektif ekonomi rumah mtangga sepatutnya masakkan makanan sempena ulang tahun perkahwinan mak dan abah semalam.

"Barang kami dah beli untuk dia masak di sekolah, namun tak kesampaian.

"Pagi sebelum kejadian, mak beritahu arwah adik cium banyak kali pipi mak dan abah seolah-olah tahu itu adalah ciuman kali terakhir," katanya.

Artikel berkaitan:

Jenazah tiga pelajar disembahyangkan di surau SMK Lokman Hakim, dikebumikan satu liang lahad

Guru masih dirawat hospital, tiga pelajar selamat dikebumi - 10 gambar

'Jika cikgu jadi guru pengiring, ini SOPnya' - Cikgu ini senarai panduan penting untuk guru baharu

Komen cikgu ini mengenai SOP guru pengiring dapat perhatian Maszlee dan ini jawapan balas menteri

'Sayalah guru pengiring yang didakwa di mahkamah'

Cikgu Noorjahan beri cadangan dan kongsi kaedah sekolahnya bawa pelajar ke pertandingan