Kejohanan Olahraga Kali ke-41 Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Melayu, Kluang, Johor, sangat bermakna apabila menerima kehadiran atlet bertaraf antarabangsa, Muhamad Farkhan Mohd Haron dan pelawak terkenal, Shahrol Shiro.

Guru Besar, Nor Zaidi Jamiluddin berkata, kehadiran dua figura dalam bidang masing-masing itu akan memberi pendedahan kepada murid bahawa bakat dalam sukan dan seni juga boleh menjadi laluan kerjaya pada masa hadapan.

"Kehadiran peninju profesional, Muhammad Farhan dan Shahrol Shiro yang memberi motivasi akan mendorong semangat murid untuk terus mengejar kejayaan," katanya.

Selain menyuntik semangat kepada murid agar gigih berusaha dan berjaya Shahrol Shiro turut menyumbang Treadmill Workout untuk Bilik ManTop Gymnasium sekolah itu.

Bilik Mantop Gymnasium adalah sebuah bilik yang dilengkapi dengan alatan kecergasan sesuai untuk murid bawah 12 tahun.

Cikgu Nor Zaidi (empat dari kiri) mengiringi Muhamad Farkhan (tengah) dan Shahrol Shiro (tiga dari kiri) ketika melawat khemah rumah sukan untuk membuat penilaian.

Menurut Cikgu Nor Zaidi, selain menjadi lokasi Ujian Segak bagi murid Tahun Empat, Lima dan Enam, Bilik Mantop Gymnasium turut menjadi pemangkin semangat untuk atlet sekolah bersukan dengan lebih sistematik.

Sementara itu, kejohanan olahraga yang diadakan setiap tahun itu menyaksikan empat pasukan sekolah berentap dalam pelbagai acara bagi merebut gelaran juara keseluruhan.

Empat pasukan yang berentap ialah Tun Perak, Tun Fatimah, Tun Teja dan Tun Tuah.

Pada kejohanan itu pasukan Tun Tuah berjaya memperoleh mata paling tinggi dan bergelar juara keseluruhan.

Sementara itu, murid Tahun Enam, Muhammad Amirul Bakri dinobat olahragawan dan Faqihah Damia Afandi olahragawati. Kedua-duanya dari pasukan Tun Perak.

Muhamad Farkhan melepaskan belon sebagai gimik perasmian.

Cikgu Nor Zaidi (kiri) dan Yang Dipertua PIBG, MOhd Rudi Kahar menjulang piala juara keseluruhan.

Ketua Rumah Sukan Tun Tuah, Mohd Adli Shazril Adnan menerima piala setelah rumah sukannya dinobat Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga Kali ke-41 SK Kampong Melayu.

Rumah sukan Tun Tuah meraikan kejayaan setelah dinobat Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga Kali ke-41 SK Kampong Melayu.

Guru dan murid rumah sukan Tun Tuah meraikan kejayaan bersama Cikgu Nor Zaidi (kanan), Muhamad Farkhan (tengah) dan Shahrol Shiro (empat dari kanan).

Mohd Rudi (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Shahrol Shiro.

Cikgu Nor Zaidi (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Muhamad Farkhan.

Cikgu Nor Zaidi memberi penerangan berkenaan Bilik Mantop Gymnasium.

Muhamad Farkhan (tengah) dan Shahrol Shiro (lima dari kanan) ketika dibawa melawat Bilik Mantop Gymnasium.

Muhamad Farkhan (lima dari kiri) dan Shahrol Shiro (empat dari kiri) ketika perasmian Bilik Mantop Gymnasium.

Shahrol Shiro (tiga dari kiri) ketika perasmian Bilik Mantop Gymnasium.

Shahrol Shiro menandatangani gambarnya yang ditampal di Bilik Mantop Gymnasium kerana menyumbangkan Treadmill Workout.

Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Nor Azizah Ismail bersama Muhamad Farkhan (dua dari kanan) dan Shahrol Shiro (empat dari kanan) selepas perasmian Bilik Mantop Gymnasium.

Warga SK Kampong Melayu bersama beberapa koleksi tali pinggang yang dimenangi Muhamad Farkhan.