SKUDAI - Jika sebelum ini Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Telok Datok, Banting penuhi cuti sekolah dengan cat pagar, baiki kerusi dan lampu, ini pula sikap terpuji seorang bapa di SJKT Tmn Tun Aminah.

Walaupun berjawatan tinggi dan bergaji besar namun tidak menghalang beliau untuk mencuci tandas di sekolah anaknya.

Aktiviti yang dilakukan pada cuti sekolah semalam, menarik perhatian seorang guru untuk berkongsi sifat murni itu kepada GPSBestari.com.

Mungkin ramai lagi yang turut mengisi masa cuti sekolah dengan menyumbang tenaga seperti ini kepada sekolah.

Menurut seorang guru di sekolah tersebut, beliau sanggup mencuci tandas berseorangan demi menjamin kualiti tandas bersih.

Katanya, bapa murid yang tidak mahu namanya dikenali itu mencuci semua tandas murid pada cuti hujung minggu yang terluang (Ahad).

Menurut guru itu lagi, gambar tersebut juga diambil tanpa pengetahuan bapa itu.

Beliau merupakan seorang Pilot Harbour. Cuti beliau tidak tetap. Namun beliau berjanji akan terus melaksanakan aktiviti itu demi kesenangan 1908 murid di sekolah itu.

Bapa itu mencuci tandas murid sejak Febuari lalu akibat pekerja sekolah terpaksa dikurangkan.

Tahniah dan syabas daripada GPS Bestari.com!

Bapa itu turut menukar kipas ekzos di sekolah itu.


 

Ini pula cerita Cuti sekolah.. guru besar ini sempoi je cat pagar sekolah, baiki kerusi meja serta betulkan lampu https://www.gpsbestari.com/berita/selangor/cuti-sekolah-guru-besar-ini-sempoi-je-cat-pagar-sekolah-baiki-kerusi-meja-serta-betulkan-lampu-1.924396