Batu Pahat - Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk menjadikan seni silat sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah, selain subjek pilihan berkredit di universiti bagi memartabatkan warisan tradisi berkenaan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya juga merancang agar silat dijadikan salah satu kursus dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), agar pelajarnya boleh diberikan sijil yang dapat digunakan untuk menceburi kerjaya dalam bidang keselamatan.

Katanya, dalam masa yang sama, aktiviti mempromosikan seni silat itu juga akan dilakukan di luar negara melalui Bahagian Pendidikan Malaysia.

"Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) bagi mengusahakan silat diwartakan sebagai warisan sejarah dunia.

"Bagi memupuk minat dalam kalangan pelajar, kita juga menggalakkan pihak sekolah untuk mewujudkan kelab silat dengan sasaran sebanyak 5,000 kelab pada tahun depan,” katanya kepada media, di sini. - Bernama

Artikel lain:

Panduan mengemas meja guru agar kemas dan tersusun - Boleh rujuk tip yang dikongsi rakan ini

Vandalisme dinding sekolah, cikgu ini cipta kelainan

Kejutan nama kelas SK Lohan tahun hadapan... ini kata guru besar berkenaan nama baharu itu

Tip mudah ingat sifir 2,5,10 dan 11 cara Teacher Shaza

Berlatih hanya dua minggu, tak sangka pasukan sekolah ini bolot emas semua kategori di Spain