JOHOR BAHRU - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 2, di sini memecah Rekod Dunia Guinness selepas mengumpulkan 2,869 murid dalam satu sesi pembelajaran alat muzik ukulele selama 30 minit.

Kejayaan tersebut diumumkan wakil Ibu Pejabat Guinness World Records di London, Brian Sobel selepas hanya lima murid terkeluar daripada percubaan memecahkan rekod dunia itu.

“Lima pelajar tersingkir daripada percubaan itu kerana ada antara mereka pergi ke bilik air untuk membuang air kecil.

“Selain itu ada yang tidak memberi mfokus penuh ketika sesi pembelajaran itu berlangsung,” katanya pada sidang media di dewan utama SJKC Kuo Kang 2.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Seni Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan, Razuki A Rahim dan Guru Besar SJKC Kuo Kang 2, Teo Boong Sai.

Sobel berkata, setiap percubaan memecah rekod dunia ada garis panduan dan peraturan yang perlu peserta ikuti dan amat dititikberatkan.

“Namun walaupun ada yang tersingkir, seramai 2,869 murid berjaya menamatkan sesi pembelajaran itu,” katanya.

Menerusi percubaan itu, semua murid diminta mengikuti kelas pembelajaran alat muzik ukulele diketuai seorang tenaga pengajar, dan antara yang diajar adalah asas penggunaan alat muzik berkenaan.

Kejayaan SJKC Kuo Kuang 2 itu sekali gus melebur rekod lama yang dicatatkasebuah sekolah di Jepun pada lima tahun lalu iaitu pada 2014 dengan 2,400 murid.

Artikel lain:

Orang luar seronok naik bot, tapi kami di sini sengsara' - Ini luahan Orang Asli

Mohon EGtukar tapi tak pernah lulus - Akhirnya guru ini buat 'sesuatu' dan keputusannya mengejutkan

'Pelaksanaan program akademik, kelas tambahan atas permintaan guru dan murid' - Majlis Guru Besar

Gurindam Buskers dengan lagu ' Ku Pohon Restu Ayah Bonda' - Suara adik ini  buat hati tersentuh

Pernah dirotan dan ditampar guru... kini siapa sangka Firdauz dah jadi 'orang kuat' di sekolah