JOHOR BAHRU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Penggawa Timur menerima sumbangan alat pengesan gas daripada Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) semalam.

Pengurus Besar Kualiti Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran MHB,  Dawan Ibrahim berkata, hubungan pihaknya dengan sekolah tidak terhenti di situ  sebaliknya diteruskan sehingga tahun hadapan melalui program MHB Go Green.

“Selain menyediakan alat pengesan gas, kami ingin memastikan sekolah  mendapat manfaat yang lebih lestari dengan program kelestarian alam sekitar.

“Kita mahu memberi kesedaran  kepada masyarakat tentang cara menyelesaikan isu berkaitan alam sekitar,”  katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian ‘MHB Go Green’ dan Penyerahan Alat Pengesan Gas di SMK Dato’ Penggawa Timur di sini semalam.

Menurutnya, idea program itu tercetus susulan meletusnya isu pencemaran  udara yang berlaku awal tahun  ini hingga memberi kesan kepada ribuan penduduk di sekitar Pasir Gudang.

Artikel Menarik:

Guru ini cipta ABM untuk subjek Matematik, bantu murid mudah faham dalam kelas

‘Sedapnya cikgu, tak pernah saya makan ni di kampung,’ - Cikgu sebak, anak murid teruja makan McD

Hebat betul Cikgu ni, hasil mekapnya bagaikan juru mekap kesan khas profesional

Sedikit perkongsian untuk cikgu yang ingin sandang jawatan guru besar/pengetua

Cikgu ini wujudkan kebun sayur depan rumah hingga buat ramai tak sabar nak petik