LABIS - Biar pun sesi persekolahan sudah bermula sejak tiga minggu lalu, namun bantuan kepada murid keluarga kurang berkemampuan masih dihulur pelbagai pihak.

Terbaru, Kumpulan UEM menghulur bantuan berbentuk barangan keperluan sekolah seperti pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis bernilai RM200 di Parlimen Labis.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong mengucapkan terima kasih kepada badan korporat yang berkongsi keuntungan perniagaan dijalankan mereka dengan 200 murid daripada keluarga kurang berkemampuan itu.

“Saya juga difahamkan untuk 2016 sahaja, program Back To School Kumpulan UEM ini sudah memberi manfaat kepada 13,000 pelajar kurang berkemampuan dengan peruntukkan berjumlah hampir RM3 juta.

“Saya harap sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban keluarga mereka, malah mampu memberi semangat baru kepada pelajar untuk ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Back To School Kumpulan UEM di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis, kelmarin.

Tee Yong berkata, sejak mula dianjurkan pada 2013, lebih 40,000 pelajar di seluruh negara mendapat manfaat daripada program tersebut yang melibatkan peruntukkan keseluruhan melebihi RM8.5 juta.

Menurutnya, selain program tersebut, Kumpulan UEM turut melaksanakan beberapa inisiatif berteraskan pendidikan lain seperti program tuisyen, program sekolah angkat dengan kerjasama Yayasan Pintar, serta program mentor di beberapa sekolah berprestasi rendah.

“Setiap pelajar yang dibantu pada hari ini (kelmarin) menerima dua pasang pakaian seragam sekolah, kasut, beg dan juga alat tulis. Program ini lebih kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan UEM.

“Saya harap penerima khususnya di Parlimen Labis dapat menerima manfaat daripada program ini untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan seterusnya