MUAR - Sebagai hadiah istimewa buat guru -guru Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar (SRAB), Ustazah Sabariah Shawal yang bakal bersara 22 Januari ini telah anjurkan majlis ilmu dengan menjemput Penceramah Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah ke sekolah itu baru-baru ini.

Perkongsian ilmu dengan tema Membina Identiti dalam Membentuk Generasi itu turut mendapat kerjasama daripada unit dakwah, unit Sistem Pengurusan Latihan (SPL) dan juga kaunsling SRAB.

DMFK berbesar hati merasmikan pelancaran dairi panduan pengurusan dan catatan eksekutif SRAB Muar sebelum memulakan ceramah

Selain PIBG SRAB, jawatankuasa kecemerlangan murid (JKM), Kumpulan Sarana Ibu Bapa (KSIB), Pejabat Pendidikan Muar (PPD),  Pegawai Pendidikan Islam Daerah (PPID), dan sukarelawan SRAB Muar. Ibu bapa murid yang bakal menduduki UPSR tahun ini juga turut dijemput memeriahkan majlis ilmu yang dianjurkan.

Menurut Guru Besar SRAB, Ustaz Mohd Sanusi Rahiman berkata, majlis tersebut bukanlah majlis persaraan, tetapi lebih kepada salah satu siri acara sambutan persaraan Ustazah Sabariah.

“Saya bersyukur SRAB Muar mempunyai barisan guru yang hebat, antaranya Ustazah Sabariah Shawal. Beliau merupakan  seorang yang cemerlang dan berdedikasi serta berminda kelas pertama.

Wakil rasmi PPID, Badrul Hisyam Md Hayin (Dari kiri) PK HEM, Wasimah Samnu, Guru Besar, Cikgu Sanusi Rahiman, DMFK, Ustazah Sabariah Shawal, dan PK Koko Hishamuddin Sardi.

“Program sentuhan kalbu bersama Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK) ini adalah hadiah istimewa Ustazah Sabariah buat rakan sekerja dan ibubapa tahun enam,”katanya.

Wakil rasmi PPID, Badrul Hisyam Md Hayin (Dari kiri) PK HEM, Wasimah Samnu, Guru Besar, Cikgu Sanusi Rahiman, DMFK, Ustazah Sabariah Shawal, dan PK Koko Hishamuddin Sardi

Tambah beliau, walaupun Ustazah Sabariah bakal bersara tidak lama lagi, namun masih tetap mahu menyumbang bakti sebagai jariah kelak.

“Ustazah adalah guru Subjek Bahasa Arab Komunikasi, juga semua subjek -subjek sekolah agama di sekolah ini. Mempunyai pengalaman mengajar bahasa Arab selama 10 tahun di SRAB dan juga 31 tahun sebagai pendidik.

“Beliau juga seorang guru yang sabar, tenang, berkeperibadian luhur dan dermawan. Bahkan sering kali menjadi rujukan kepada guru-guru muda di sekolah ini. Bagi saya, persaraan beliau benar-benar meninggalkan kesan besar kepada kami,”terang beliau.

Bertempat di Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Islam Daerah Muar, DMFK berkongsi bagaimana untuk menjadi pendidik dan ibu bapa cemerlang.

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada DMFK

Sepanjang program berlangsung, DMFK telah memilih dua tajuk dalam perkongsian bersama guru dan ibu-bapa, antaranya Tautan Rabbani Wadah Kecemerlangan dan juga Bersama Mendidik Anak Permata Hati.

“Menerusi tajuk pertama yang dikongsikan DMFK turut menyentuh tentang kenapa sukar untuk berubah, mengenal diri yang sebenar, detoks hati, minda dan tindakan, rutin positif guru ohsem, memahami undang-undang minda, langkah bijak guru dan ibu bapa yang hebat, dan doa-doa untuk memperkasa prestasi diri.

“Manakala tajuk kedua, bersama mendidik anak permata hati, beberapa perkongsian seperti anjakan paradigma, kesilapan dalam mendidik anak, detoks hati, minda dan tindakan ibu bapa, langkah bijak mendidik anak-anak, dan doa-doa amalan ibu bapa dalam mendidik anak,”katanya.

Pencapaian Ustazah Sabariah

1.Anugerah Guru cemerlang 2015

2.Anugerah perkhidmatan cemerlang 2016 (KPM)

3.Anugerah Guru Sporting 2016

4.Anugerah Guru Bersahsiah Mulia 2019

Pendidik SRAB, Muar bergambar kenangan bersama DMFK

Perkongsian DMFK mencuit hati guru dan ibu bapa yang hadir.

Antara guru yang hadir

Antara ibu pelajar yang hadir

Cikgu Julia Hishar, Guru Subjek English dan Sains (Dari kiri), Ustazah Azlah Kamisan, Guru Subjek English dan Ustazah Zuriani Yusup, Guru Subjek Matematik

Artikel lain:

Ulang alik 340 km sehari, pernah bertembung haiwan liar namun demi anak bangsa, guru ini cekal

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020