KANGSAR - Semua sekolah di Perlis disarankan untuk menyertai aktiviti luar seperti Pertandingan Video Kreatif yang dianjurkan GPS Bestari- Indah water Konsortium kerana mampu mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi pelajar yang menyertainya.

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Ismi Ismail berkata, beliau melihat konsep pertandingan itu mampu meningkatkan kemahiran secara tidak langsung kepada pelajar terutamanya membabitkan dunia video yang semakin mendapat perhatian.

ISMI

Menurutnya, pertandingan seumpama itu sangat dialu-alukan dan ia adalah salah satu cara bagaimana peserta dapat menambahkan dan mengaplikasikan kemahiran dalam KBAT.

“Pelajar yang menyertai pertandingan video kreatif ini secara tidak langsung dapat memupuk bagaimana mereka boleh memikirkan untuk mengatasi satu-satu masalah yang dihadapi.

"Alhamdulilah melalui pertandingan ini, kita mempunyai dua sekolah iaitu SMKA (P) Alawiyah yang berjaya meraih slot saguhati bagi kategori menengah dan SK Seri Indera bagi kategori rendah.

“Mereka bersaing dan bertanding dengan sekolah-sekolah dari seluruh negara dan kami bangga kerana kedua-dua sekolah ini masih mampu untuk merebut slot hadiah saguhati,” katanya kepada Sinar Harian selepas Perhimpunan Bulanan JPN Perlis 2019 Bulan Mei di SMK Derma di sini baru-baru ini.

Ismi (kiri) mahu lebih banyak sekolah di perlis menyertai pertandingan luar seperti itu pada masa hadapan bagi meningkatkan KBAT pelajar.

Tambah Ismi, beliaut mengalakkan agar lebih banyak lagi sekolah-sekolah lain di negeri untuk menyertai pertandingan seperti itu pada masa hadapan.

Tidak lepaskan peluang 

Sementara itu, Eksekutif Aset IWK Negeri Kedah dan Perlis, Rusma Ismail berkata, beliau berharap sekolah-sekolah lain di negara ini tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan itu pada masa hadapan.

Jelasnya, IWK berusaha untuk mendekatkan golongan akar umbi seperti pelajar dalam menghargai alam sekitar dan juga kempen pihaknya dalam menguruskan air yang dirawat.

“Kempen ini juga adalah salah satu cara membantu negara untuk memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat,” katanya.

Khairil Azmir

Bagi guru pengiring pasukan SMKA Alawiyah, Khairil Azmir Ahmad pula, kejayaan tersebut adalah kali kedua selepas pasukannya meraih tempat kedua pada Pertandingan Video Kreatif anjuran GPS Bestari dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2017.

“Nampaknya persaingan yang ditunjukkan oleh sekolah-sekolah lain semakin meningkat dari segi kualitinya dan pada tahun hadapan kami akan cuba untuk membuat persiapan yang lebih rapi sekiranya pertandingan video kreatif seperti ini diteruskan,” katanya.

Menurut Khairil Azmir, pada tahun 2018, sebanyak enam pasukan dari di bawah kelab seni visual sekolah tersebut telah menyertai pertandingan namun hanya satu pasukan sahaja berjaya menarik perhatian juri untuk membawa pulang hadiah saguhati RM500, sijil penyertaan dan buku sumbangan dari Kumpulan Media Karangkraf.

Khairunnajwa

Murid SK Seri Indera, Khairunnajwa Khairil Azmir pula berkata, dia tidak menyangka penyertaan solonya berjaya menewaskan peserta-peserta lain untuk meraih hadiah saguhati RM500 bagi kategori sekolah rendah.

Murid berusia 10 tahun ini turut membawa pulang sijil penyertaan dan buku sumbangan dari Kumpulan Media Karangkraf.

“Pertandingan video kreatif mampu menyerlahkan kemahiran saya secara tidak langsung dan saya gembira kerana keluarga dan sekolah turut memberikan galakan kepada saya untuk bertanding,” katanya.

Ismi (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Cikgu Khairil Azmir (tiga, kanan).

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926630.1558918771!/image/image.jpg

Khairunnajwa menerima replika cek daripada Rusma.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926631.1558918880!/image/image.jpg

Cikgu Khairil Azmir menerima replika cek daripada Rusma.

Artikel menarik:

Hujan lebat,  guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan

Hanya seminggu, murid tahun 2 ini sudah mampu kuasai semua subjek... ini rahsia ibunya buat

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Wajib baca kepada yang ada adik beradik! Jangan 'share' selagi tak habis baca

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan