YB Maszlee ada mengatakan dalam lawatan beliau ke Bintulu baru-baru ini bahawa di negara ini ramai guru adiwira yang kurang dipublisitikan.

Cikgu Zakwan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Chenor Pahang ini merupakan seorang guru adiwira yang cukup ikhlas.

Dalam keadaan beliau yang terlantar di hospital, beliau masih mengajar pelajar-pelajarnya.

Guru seperti ini sangat dedikasi dan begitu ‘ rare’ untuk dijumpai.

Dalam FB Chenor Kita Weh telah tercatat kisahnya. Mari kita baca

4hb Disember 2018 /26 Rabiul Awwal 1440H

Temerloh - Pengorbanan seorang guru memang luar biasa.Kita biasa membaca kisah pelajar mengambil peperiksaan di hospital, tapi jarang guru mengajar di hospital.

Kisah Pengorbanan Cikgu Mohd Zakuan bin Yusof 49 tahun boleh dipuji.

Beliau mengajar subjek Ekonomi dan perniagaan di Sekolah Menengah Agama Chenor.

Beliau tiba-tiba jatuh sakit disyaki bahagian saraf tunjangnya ada masalah dan sekarang sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).

Bayangkan di saat anak murid beliau yang sedang menghadapi peperiksaan SPM perlukan bimbingan , tentu tidak mudah untuknya membiarkan.

Pengorbanan memang patut dipuji, dalam keadaan sakit terbaring beliau memberikan kuliah kepada pelajarnya. Pelajarnya tekun mengambil nota. Pelajar daripada dua kelasnya datang bergilir-gilir ke Hohas.

Moga Allah mencatatkan pengorbanannya sebagai ilmu yang memberi manfaat kepadanya dan diberikan kejayaan kepada pelajarnya.

Sumber: Facebook Chenor Kite Weh / Cikgu Emmet Menulis