BALING - Persatuan Penduduk Dalam Wang di sini meminta bantuan dana sebanyak RM250,000 bagi menyiapkan pembinaan surau baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Wang.

Setiausahanya, Mohd Zaid Ab Mokti berkata, pihak sekolah kini dalam usaha membina surau baharu bagi menggantikan surau lama yang telah uzur.

Menurutnya, ruang surau lama yang terhad menyebabkan murid terpaksa bersila di kawasan dataran bagi aktiviti membaca surah Yasin setiap Khamis.

“Setiap minggu pada hari Khamis kira-kira 200 pelajar akan membaca surah Yasin. Buat masa ini, bacaan Yasin dibuat di kawasan dataran sekolah.

“Surau lama dah usang dan tak dapat menampung jumlah murid termasuk guru bagi aktiviti berkenaan,” katanya.

Mohd Zaid berkata, pembinaan surau baharu masih dalam fasa awal.

“Surau baharu akan dibina lebih luas dan selesa. Ketika ini pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Persatuan Penduduk Dalam Wang sedang berusaha mencari dana.

“Sekiranya 5,000 orang dapat menyumbang seorang RM50, cukuplah dana RM250,000 diperlukan,” katanya yang juga bekas murid SK Dalam Wang.

Beliau berkata, sekolah berusia lebih 50 tahun itu juga masih menggunakan meja dan kerusi yang lama.

Sumbangan boleh disalurkan kepada PIBG SK Dalam Wang melalui Bank Rakyat (22-004-114615-8) atau hubungi Yang Dipertua PIBG Adnan Abd Rahman di talian 0195995711 atau Rahimah Md Isa (0134061771).

Artikel lain:

Gurindam Buskers dendang lagu 'Ku Pohon Restu Ayah Bonda' - Suara adik ini buat hari tersentuh

Iklan raya 2019 SK Dato Laksamana Raja Mahkota - mencuit hati

Sedap betul lagu raya versi keroncong dan inang SMK Bukit Jalil.. ramai netizen puji

Bingkisan hari raya SK Desa Aman, DEsa Coalfields

Dua pelajar perempuan tingkatan tiga cedera parah apabila motosikal berlanggar lori