SIK - Seramai 104 murid menjayakan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan (SK) Gulau 2019 yang diadakan di padang sekolah selama tiga hari dua malam, berakhir 30 Jun lalu.

Mereka mewakili pelbagai unit beruniform seperti Pengakap Kanak-Kanak, Persatuan Puteri Islam Malaysia, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Setiausaha Program, Nuraslizawati Muhamad, berkata, perkhemahan itu bertujuan melahirkan murid yang mempunyai jati diri kental dalam menghadapi cabaran dunia globalisasi, membentuk modal insan kelas pertama yang bakal menjadi pemimpin masa depan dan menyemai semangat patriotisme dalam diri.

"Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para murid juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

"Bagi merealisasikan 'Falsafah Pendidikan Negara', cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini," katanya.

Kemahiran pertolongan cemas dikendalikan oleh anggota tentera yang berpengalaman luas.

Kasih sayang, anggota tentera berjaya memberi keyakinan murid dengan monyet, menanam sifat menyayangi haiwan.

Guru Besar SK Gulau, Idham Nasri Jaafar yang hadir ke majlis perasmian penutupan perkhemahan tersebut, memuji semua pihak yang telah menjayakan program itu dengan baik.

"Perkhemahan ini sangat bermakna kerana pelbagai aktiviti yang disediakan, mampu membentuk yang sihat dan positif dalam kalangan peserta.

"Perkhemahan kali ini agak berlainan dari tahun sebelum ini, suntikan semangat dan  kerjasama daripada pihak tentera yang diketuai oleh Mejar Mohd Azrul Rabudin dari Kem Tentera Ulu Tiram, Johor yang sedang beroperasi di Kem Gubir," katanya.

Idham Nasri turut berterima kasih kepada Tentera Darat Malaysia yang mempunyai anggota yang komited serta tidak jemu-jemu menunjuk ajar ilmu asas memasak slot Ikhtiar hidup dan berharap akan terus menjalinkan kerjasama dalam jangka masa panjang.

"Melalui aktiviti yang disusun, ia sudah tentu menjadi platform terbaik bagi mempraktikkan ilmu yang dipelajari serta mengembangkan bakat murid," katanya.

"Saya amat gembira kerana program berjalan lancar," jelasnya.

Peserta terbaik perkhemahan kali ini disandang oleh murid Tahun Enam, Muhammad Yusri Mohd Sabri.

Kata Muhammad Yusri, program perkhemahan berkenaan memberi keyakinan diri kepada dirinya untuk lebih berani dalam membuat sesuatu keputusan dengan cepat, tepat dan pantas.

 

Murid teruja dengan menggunakan alatan asas dalam slot ikhtiar hidup. Kenangan. Kali pertama merasakan masakan dalam buluh yang tak pernah dilihat.

Artikel lain:

Pembelajaran di luar bilik darjah mempunyai manafaat besar

KPM kaji pelaksanaan semula PPSMI - Ini penjelasan Dr. Mahathir di Dewan Rakyat

Kejohanan Taekwondo Peringkat Sekolah Daerah Kulim - Bandar Baharu