KULIM - Seramai 130 asnaf dari seluruh daerah ini menerima sumbangan baju raya daripada Majlis Perbandaran Kulim (MPK) sempena program Semarak Kasih di Kulim Central Selasa lalu.

Yang Dipertua MPK, Rohaizad Rashid berkata, program itu merupakan salah satu usaha murni untuk mendekatkan masyarakat dengan pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, selain asnaf, murid-murid dari 11 buah Sekolah Rakan Strategik Majlis Perbandaran Kulim turut diraikan pada program itu.

“Matlamat program ini adalah meraikan dan membantu golongan memerlukan terutamanya kanak-kanak dengan harapan dapat berkongsi rezeki serta kegembiraan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Mereka dibawa ke Kulim Central untuk merasai sendiri suasana persiapan membeli-belah kelengkapan baju raya di pasaraya itu,” katanya.

Rohaizad berkata, ahli majlis MPK yang terpilih dan anggota kontrak pembersihan pejabat turut diraikan pada program itu.

“MPK memperuntukkan RM150 setiap penerima untuk membeli baju raya,” katanya.

Beliau berkata, MPK mendapat kerjasama dan sokongan pihak Kulim Central yang membantu menjayakan program amal tersebut.

“Pelbagai premis perniagaan yang ada di Kulim Central juga turut serta membantu melaksanakan program itu.

“Program ini akan diadakan secara berterusan pada tahun akan datang,” katanya.

Terdahulu, Rohaizad meluangkan masa beramah mesra dengan penerima untuk memilih baju raya mereka.

Turut hadir ahli majlis MPK, guru-guru sekolah, pegawai dan juga anggota MPK.

Artikel lain:

'Seorang pelajar Kolej Vokasional maut, 24 lagi cedera' - Polis masih siasat punca

'Menjadi guru bukan pilihanku, namun ALLAH lebih tahu segalanya' - GB SK Beruas

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan

Tahniah! SMK Panji Alam takluk Eropah gondol empat anugerah utama tewaskan pasukan dari 100 negara

Warga SK Taman Cahaya Masai bersyukur semua pelajar selamat ketika kes pembuangan sisa kimia