ALOR SETAR - Dua murid lelaki Tahun Empat sebuah sekolah rendah dekat Padang Terap, cedera di bahagian tangan selepas disengat tebuan pagi semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, kejadian berlaku 8.45 pagi ketika murid berkenaan sedang mengikuti aktiviti pendidikan jasmani di padang sekolah.

"Kami menerima panggilan kecemasan dari pihak sekolah pada 9.10 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan kami dapati dua murid tahun empat disengat tebuan dan diberi rawatan awal oleh guru sekolah dan keadaan mereka beransur pulih.

"Anggota kami cuba membuang sarang tebuan yang berada atas pokok dekat padang sekolah, namun gagal kerana kedudukannya terlalu tinggi sebelum meminta bantuan pihak bomba,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Mohd Shukri turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri jika berhadapan dengan masalah tebuan kerana sengatan haiwan itu mampu menyebabkan kematian.- Bernama

Artikel lain:

Matematik jadi mudah faham… dengan lima kaedah ini

Lonjak B dan C menjadi A - Guru Tahun Enam ini kongsi tip berkesan belajar saat akhir

28 peratus bas sekolah gagal ikut piawaian ditetapkan Puspakom