JITRA - Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Puan Syarifah dikejutkan dengan kehadiran seekor dekan yang berada di dalam longkang di hadapan bilik guru sekolah terbabit pagi semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Terap Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, kehadiran dekan terbabit disedari oleh seorang tukang kebun yang kemudiannya memaklumkan kepada salah seorang guru.

Katanya, pusat kawalan operasi yang menerima panggilan pada jam 7.57 pagi bergegas ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.

“Pasukan yang diketuai oleh LKPL (PA) Mohd Zuki Mahamud mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap dekan tersebut kerana ia berada di tempat yang agak sukar dan sangat agresif,” katanya.

Mohd Shukri berkata, dekan adalah sejenis binatang yang seakan- akan tikus mondok.

“Haiwan ini sangat bahaya dan akan menggigit apabila berasa terancam,” katanya.

Anggota APM berusaha menangkap dekan yang berada dalam longkang sekolah.

DEKAN

- Dekan adalah sejenis binatang yang seakan-akan tikus mondok.

- Haiwan ini sangat bahaya dan akan menggigit apabila berasa terancam

Dekan yang berjaya ditangkap pihak APM di SMK Toh Puan Syarifah pagi semalam.

ARTIKEL  MENARIK:

Patutlah guru-guru ini terima Anugerah Guru Adiwira...rupa-rupanya ini cerita mereka

'Meninggal ketika laung azan kedua untuk solat Jumaat' - Cikgu ini sebak kenang Amirul Najmi

Tujuh pemenang saguhati Kempen Guru PAK21

Bahagian akhir kisah kembar Ahmad buat Ustaz Malik buka mulut siapa sebenarnya yang suka menganggu