ALOR SETAR - Adik kepada Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, masih belum mengetahui kematian abangnya dalam serangan berdarah itu.

Ibu saudaranya, Zarina Shuib berkata, ahli keluarga merahsiakan perkara itu daripada Muhammad Haris, 12, yang masih trauma kerana tidak mahu dia terkejut.

Menurutnya, hanya kakak Allahyarham Muhammad Haziq mengetahui berita itu, manakala adik bongsu mereka masih kecil.

"Keluarga di New Zealand mungkin enggan beritahu Haris buat masa ini mengenai abangnya dan menunggu sehingga dia pulih dahulu," katanya.

Zarina berkata, dia dimaklumkan, jenazah anak saudaranya selamat disemadikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwwod, Christchurch jam 2.30 petang (waktu tempatan).

"Pengebumian arwah Haziq diiringi bapanya (Mohd Tarmizi Shuib, 42) dan bapa saudaranya (Zakaria Shuib, 55), manakala ibu dan adik-beradik lain tidak dibenarkan ke kawasan perkuburan," katanya.

Ini pula perkongsian ibu Muhammad Haziq mengenai jenazah anaknya yang diangkat sebagai syahid akhirat https://www.gpsbestari.com/berita/kedah/wajah-haziq-bercahaya-ketika-jenazah-diuruskan-ibu-haziq-kongsi-keadaan-pemergian-anak-keduanya-1.924161