YAN - Sekolah Menengah Islam Darul Izzah yang terletak di Kampung Perupuk, di sini memerlukan dana sebanyak RM500,000 bagi tujuan menyiapkan infrastruktur yang tergendala.

Pengetuanya, Mohammad Iqbal Abu Yaziz berkata, dana yang diperlukan adalah untuk menyiapkan bangunan kelas, surau dan dewan.

Katanya, sekolah berkenaan yang mula beroperasi pada 2013 mempunyai 60 pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.

“Pelajar juga kurang selesa dengan infrastruktur tidak lengkap ini namun disebabkan masalah kewangan kita tidak mampu melakukan sebarang gerak kerja,” katanya.

Menurut Mohammad Iqbal, dinding kelas juga hanya dipisahkan dengan kain dan tingkap kelas juga masih belum dipasang.

“Saya sangat mengalu-alukan bantuan daripada pihak luar bagi membolehkan pembelajaran anak-anak di sini diteruskan dan siap dengan sempurna,” katanya.

Orang ramai yang membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 02084010035015 atas nama Tabung Pembangunan Darul Izzah atau Bank Rakyat 110651002143 atas nama Sekolah Menengah Islam Darul Izzah.

Artikel menarik:

Tulisan Dr Maszlee mengenai guru dan Hari Guru ini amat menyentuh hati

'Saya rindu nak dengar suara ibu' - Cikgu Mazni sebak, ibu terlantar selepas terbabit kemalangan

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Baca al-Quran setiap hari... ini rahsia dua hafiz muda yang berjaya hafal 30 juzuk al-Quran

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan