JITRA - Kementerian Kewangan bersedia untuk memberikan peruntukan tambahan selepas Kabinet bersetuju jumlah pengambilan pelajar bagi program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tahun ini ditingkatkan kepada 40,000 orang.

Timbalan menterinya, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, bagaimanapun jumlah peruntukan tambahan belum diputuskan lagi dan pihaknya perlu berbincang dengan KPM bagi mengetahui jumlah yang diperlukan.

“Apabila perkara ini dipersetujui (oleh Kabinet) kita mesti menyediakan seberapa banyak peruntukan tambahan untuk memastikan kemasukan 40,000 tempat itu dapat dipenuhi.

“Saya fikir KPM sudah ada data itu dan hal ini perlu bagi memastikan pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran IWibawa Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM ) dan Penyerahan Sumbangan Iftar Ramadan 2019 di Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, semalam.

Kelmarin, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, selain pertambahan kuota kepada 40,000 tempat, jemaah menteri memutuskan kuota 90 peratus buat bumiputera dan 10 peratus untuk bukan bumiputera turut dikekalkan.

Artikel menarik:

Dua beradik juara seni khat.. warisi bakat bapa

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia

Tak berganjak walau seminit.. kesetiaan murid taun 6 temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak

Cikgu, budimu kubawa mati! - Tulisan Datuk Jalil yang menyentuh hati

Ini senarai biasiswa yang masih dibuka untuk lepasan SPM mohon