ALOR SETAR - Kontinjen Kedah selaku tuan rumah dinobatkan sebagai johan keseluruhan kategori Menengah Rendah dalam pertandingan Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) Kementerian Pendidikan (KPM) peringkat kebangsaan kali keenam baru-baru ini.

Ketua jurulatih, Basri Ismail berkata, pertandingan melibatkan wakil seluruh negara termasuk kontinjen dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diadakan selama empat hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah.

Katanya, tujuh acara dipertandingkan melibatkan kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas iaitu hiwar, kalimatus sobah, kuiz bahasa Arab, kuiz ilmu wahyu, hafazan, hafazan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dan qiraat sab’aah wal tarannum.

“Pelajar Tingkatan Dua dari SMK Agama Kedah, Wan Atiqullah Wan Ahmad Noradin mewakili Kedah dinobatkan sebagai johan qiraat sab’aah wal tarannum kali ini,” katanya.

Menurut Basri, turut membanggakan apabila tiga pelajar SMK Agama Kedah menjuarai pertandingan kuiz bahasa Arab bagi kategori Menengah Rendah.

Baca:

'Ini sedang kita usahakan. Kita nak pastikan penguatkuasaan itu berlaku di segenap penjuru' - Maszlee

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

11 tip 'awesome' hadapi peperiksaan... sangar berguna untuk calon yang akan duduki UPSR esok

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR