LANGKAWI - Koperasi sekolah di negeri ini disaran supaya dapat mengeluarkan produk yang berkualiti dan berpotensi untuk dipasarkan sama ada dalam atau luar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, R. Summugam berkata bagi tujuan itu, Program Young Entreprenuer Strive For Success (YESS) dilihat plaform terbaik untuk  mengembangkan daya kreativiti dan inovasi dalam penciptaan produk baharu atau produk tambah nilai serta perkhidmatan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

"Program YESS akan memberi impak positif kepada koperasi sekolah agar berusaha meningkatkan mutu produk atau perkhidmatan koperasi kepada lebih berkualiti serta memenuhi pemintaan pengguna.

"Kita juga mengharapkan supaya satu hari kelak program YESS, yang diadakan secara tahunan ini, akan benar-benar membantu koperasi dalam memasarkan produk masing-masing serta dapat meningkatkan jumlah turnover koperasi," katanya dalam ucapan pada majlis penutup Pertandingan YESS Peringkat Kedah 2019 di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kedah, Fadzir Kamaruddin.

Sebanyak lapan buah koperasi sekolah menyertai pertandingan tersebut termasuk sebuah koperasi sekolah pendidikan khas.

Koperasi sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar yang menghasilkan produk ‘LipsQuito’ menjadi Johan Pertandingan YESS menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala pusingan. - Bernama

Tip Menarik:

Skor A Matematik UPSR...Cikgu Mohamad Hakim kongsi 11 contoh soalan bersama langkah pengiraannya

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Teknik GPS cara Cikgu Shahrul...calon pasti dapat jawab dengan mudah Sains (Kertas 1) UPSR