Bagi menyahut seruan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Merbok, Bedong, Kedah melancarkan Program 1 Keluarga 1 Buku SMPKV Merbok pada 12 Mac lalu.

Guru Guru Perpustakaan dan Media, Nur Rawaidah Rahmat, berkata, program itu bertujuan menggalakkan ibu bapa menyumbang bahan bacaan untuk murid berkeperluan khas di sekolah tersebut sebagai tanda sokongan dalam usaha membudayakan amalan membaca.

"Program ini dilancarkan serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG kali kelima dan Hari Anugerah Cemerlang SMPKV Merbok," katanya.

Dilancarkan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda, Yan, Ommi Kalsom Ibrahim, program berkenaan dianjurkan Pusat Sumber SMPKV Merbok serta Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMPKV Merbok.

Ommi Kalsom (dua dari kiri) memotong reben sebagai gimik pelancaran Program 1 Keluarga 1 Buku SMPKV Merbok sambil diperhatikan Suhaini (kiri) dan Jamil (tiga dari kanan).

Cikgu Nur Rawaidah berkata, ibu bapa digalakkan menyumbangkan sekurang-kurangnya satu bahan bacaan untuk diletakkan di pusat sumber sekolah.

"Alhamdullilah pada hari program dilancarkan, ibu bapa yang hadir menyumbang lebih daripada satu bahan bacaan.

"Kami berjaya mengumpulkan 273 buah bahan bacaan pada hari tersebut," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa boleh menyumbang kepada pusat sumber sekolah dari masa ke masa sepanjang tahun.

Suhaini (dua dari kiri) bersama Ommi Kalsom (tiga dari kiri) dan Jamil (tiga dari kanan) ketika melancarkan Program 1 Keluarga 1 Buku SMPKV Merbok.

Sementara itu, Pengetua, Suhaini Shaari mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbang novel, buku motivasi, majalah, kamus dan pelbagai lagi bahan bacaan kepada Pusat Sumber SMPKV Merbok.

"Saya percaya dengan sokongan ibu bapa dapat meningkatkan lagi minat membaca dalam kalangan murid berkeperluan khas di sekolah ini," katanya.

Reaksi

"Saya berasa seronok melihat banyak buku di pusat sumber sekolah. Ayah saya turut menyumbang buku cerita untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Ayah saya juga turut melakarkan lukisan dan diberikan kepada guru untuk simpanan di pusat sumber sekolah saya sebagai tanda kenangan." - Adam Danial Mohd Hasni, Pelajar

"Melihat daripada respon ibu bapa yang menyumbang pada program ini adalah sangat memberansangkan. Saya berharap selepas cuti sekolah ini, lebih banyak lagi ibu bapa yang akan menyumbangkan bahan bacaan yang bermaanfaat untuk warga sekolah ini." -  Jamil Abd Samad, Yang Dipertua PIBG

"Saya sebagai pengawas pusat sumber sekolah seronok bertugas hari ini mengumpulkan bahan bacaan yang diberikan oleh ibu bapa yang hadir. Paling mengujakan apabila ada ibu bapa yang hadir hari ini membawa sekotak penuh dengan pelbagai jenis buku. Tidak sabar saya dan kawan-kawan pengawas yang lain untuk memproses kesemua buku ini." - Ahmad Daniel Ramzulzaman, Pengawas Pusat Sumber

Ibu bapa pelajar ketika hadir memberi sumbangan bahan bacaan untuk Program 1 Keluarga 1 Buku SMPKV Merbok.

Ibu pelajar ini menunjukkan buku yang disumbangkan kepada Program 1 Keluarga 1 Buku SMPKV Merbok.

Pengawas Pusat Sumber, Danial Haziq Mohd Nizar menunjukkan buku yang disumbangkan ibu, Salmah Sarijan untuk Program 1 Keluarga 1 Buku SMPKV Merbok.

Adam (kiri) bersama bapanya, Mohd Hasni Abdullah (kanan) ketika Program 1 Keluarga 1 Buku SMPKV Merbok.

Hasil karya Mohd Hasni yang dihadiahkan kepada pusat sumber sebagai tanda sokongan kepada Program 1 Keluarga 1 Buku SMPKV Merbok.

Ahmad Daniel menerima buku yang disumbangkan ibu bapa untuk pusat sumber sekolah.

Artikel menarik:

Kaedah bacaan fonik USM bantu murid belajar membaca

Idea Guru Perpustakaan dan Media ini beri anugerah kepada pelajar baca lebih 50 buku memang bernas

Hobinya suka membaca, tidak hairanlah pengetua ini terima Anugerah Tokoh Nilam

Ulangkaji Sains Tahun Empat - Topik Perkumuhan dan Penyahtinjaan

Murid pemulihan khas dan prasekolah boleh cuba latihan ini