BALING - Ibu dan anak maut dirempuh kereta Proton Waja di KM 64.1 Jalan Kulim/Baling/Gerik, kelmarin.

Kemalangan pada jam 12.30 tengah hari itu mengorbankan penunggang motosikal Modenas Kriss, Firdaus Haron, 35, dan pembonceng, Nor Alisa Sazrin berusia 9 tahun.

Firdaus merupakan pembantu kantin Sekolah  Jenis Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Yeok Chee,  Baling manakala Nor Alisa adalah murid Sekolah Rendah Syed Sheikh Kupang.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin  Yusof berkata,  pihak polis menerima aduan berhubung kejadian  pada jam 12.45 tengah hari.

Menurutnya, siasatan  mendapati kereta Proton Waja tersebut dari arah  Kulim menghala ke Gerik.

“Apabila sampai di  tempat kejadian, motosikal berkenaan telah keluar dari simpang Kampung Sadek yang berada di sebelah kiri jalan.

“Ia mengakibatkan Proton Waja terlangggar di bahagian hadapan sebelah  kanan motosikal,” katanya.

Beliau berkata, dua beranak yang beralamat Kampung Bendang Becah itu maut di tempat kejadian  manakala pemandu serta dua penumpang kereta dari Grik tidak mengalami kecederaan.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik  Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk  dibedah siasat,” katanya.

Artikel lain:

Musibah keluarga pelajar SMK Setia Alam dan SK Setia Alam.. sumbangan orang ramai dialu-alukan

'Cikgu, ice box saya ada khinzir.' - Kerana terpaksa ini yang mereka buat selepas itu

Dua beradik juara seni khat.. warisi bakat bapa

Rahsia nota kecil ditulis pelajar 19 tahun.. cikgu ini kongsi isi nota yang buat hatinya tersentuh

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia