GUAR CHEMPEDAK - Pasukan Pengakap Kelana A daerah Kulim melancarkan tabung derma kilat bagi membantu keluarga ahli pengakap yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Padang Kulim musnah terbakar baru-baru ini.

Penolong Pesuruhjaya Pengakap daerah Kulim, Roy Ahsan berkata, Mohd Amin Zaidi, 12, merupakan Ketua Kelab Pengakap Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Abdul Malik.

Menurutnya, ketika kejadian Mohd Amin sedang berada di dalam rumah bersama adiknya yang berusia tiga tahun.

“Mohd Amin menyelamatkan diri dengan mendukung adiknya yang sedang tidur keluar dari rumah,” katanya.

Roy berkata, selepas kejadian itu keluarga Mohd Amin hilang tempat tinggal.

“Kita membuka tabung derma kilat ini sehingga 30 Jun untuk orang ramai menghulurkan bantuan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam atas nama Pasukan Pengakap Kelana A daerah Kulim bernombor 02057010036684.

Artikel menarik:

Amalkan tiga surah resepi lulus cemerlang peperiksaan

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai

Pelajar kelas belakang... cikgu ini kongsi enam kelebihan ajar mereka

Seronok rupanya kaedah 'Flipped Classroom' - Untung budak sekarang