ALOR SETAR - Sebuah sekolah di Ayer Hitam, Jerlun memohon maaf selepas dikatakan terlepas pandang kes buli melibatkan murid Tahun Tiga sekolah itu.

Exco Pendidikan, Dr Salmee Said berkata, guru besarnya juga berjanji akan menangani kes itu.

Dr Salmee bagaimanapun berkata, tindakan lanjut akan diambil selepas menerima laporan siasatan polis.

“Mangsa dipercayai ada membuat aduan kepada guru Bahasa Melayu. Guru tersebut sudah menasihati murid berkenaan selain memberitahu guru besar mengenai keadaan mangsa yang mengalami masalah saraf,” katanya dalam kenyataan semalam.

Artikel berkaitan: 'Depa terajang, depa sepak belakang' - Murid Tahun Tiga bengkok tulang belakang akibat dibuli

Salmee berkata, antara maklumat diberikan adalah berkaitan laporan doktor yang mengesyaki masalah tulang belakang dialami mangsa disebabkan kecederaan lama akibat jatuh atau hentakan.

Katanya, tindakan segera diambil jika guru besar mengetahui lebih awal bagi memastikan kejadian tidak berulang. 

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak dikenali sebagai Angah, 9, didakwa sering dibuli sehingga mengalami masalah tulang belakang dan menggunakan kerusi roda.

Murid berkenaan mendakwa diperas ugut wang saku dan ditendang di belakang.

Baca:

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan Bahasa Inggeris penulisan UPSR

10 topik Sains wajil ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Tip akhir menjelang UPSR, guru ini kongsi rahsia cemerlang dalam penulisan bahasa Melayu

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)