PENDANG - Sebuah gerai menjual tudung, di sini diserbu orang ramai yang ingin mendapatkan tudung bertemakan Jalur Gemilang untuk digayakan dalam bulan kebangsaan ini.

Pemilik gerai, Hamidah Husin, 48, berkata  dalam tempoh dua hari sahaja sejak Jumaat, sebanyak 240 helai tudang  telah dijual kepada pelanggannya dan jualan dijangka terus meningkat sehingga 16 September depan.

"Tudung jenis bawal bertemakan Jalur Gemilang laris macam ‘goreng pisang panas’, semalam saya dapat jual 140 helai dan hari ini selepas dibuka pada pukul 9 pagi tadi, sebanyak 100 helai lagi habis dijual.

"Ramai yang datang beli adalah guru dan pelajar sekolah, paling banyak seorang pelanggan membeli lima helai sebab mereka mahu pakai masa majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di Pekan Sehari Pendang, di sini.

Katanya, walaupun mendapat permintaan yang amat tinggi beliau hanya menjual tudung tersebut pada harga RM10 sehelai dan berharap lebih banyak dapat dijual kepada pelanggannya.

"Tudung Jalur Gemilang ini mempunyai corak menarik apabila bulan sabit dan bintang dicetak besar di helaian kain dan menjadi trend pada bulan kebangsaan ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pembeli tudung itu, Siti Zawiyah Ahmad, 35, berkata beliau memilih untuk menggayakan tudung itu bagi menzahirkam rasa cintakan negara pada bulan kebangsaan ini.

Beliau yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Seremban berkata, pemakaian tudung Jalur Gemilang itu juga diharap dapat menaikkan semangat para pelajarnya apabila dipakai di sekolah nanti.

"Ramai guru wanita di sekolah saya sudah memakai tudung ini di sekolah dan saya juga tidak mahu ketinggalan dan harap dapat pakai sehingga 16 September nanti,” katanya. - Bernama

Baca:

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan Bahasa Inggeris penulisan UPSR

10 topik Sains wajil ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Tip akhir menjelang UPSR, guru ini kongsi rahsia cemerlang dalam penulisan bahasa Melayu