Jitra - Seramai 20 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior menyertai program atas talian yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), baru-baru ini.

Guru Penasihat Kelab Malaysiaku, Farihah Ahmad Fadzil berkata, program yang julung kali diadakan itu memberi peluang kepada pelajar mendapatkan sijil dan memenangi hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.

“Pelajar sangat seronok bila dapat menyertai program sebegini kerana ia adalah satu pengalaman baru buat mereka,” katanya.

Kata Cikgu Farihah lagi, pihak sekolah sentiasa menggalakkan pelajar menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan organisasi luar.

“Dengan syarat, ia mendapat persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah atau Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu (PDDKP),” ujarnya.  

Sementara itu, tiga pelajar berjaya mendapat tempat teratas dalam pertandingan tersebut.

Mereka ialah Nur Sakinah Samsudin (pertama), Farah Dalilah Jamsari (kedua) dan Ahmad Zafri Ahmad (ketiga).

Rozana (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama, Nur Sakinah.

Manakala lima pelajar lain telah mendapat saguhati iaitu Muhammad Farizul Azhar, Nur Aisha Maisarah Azham, Nadia Najwa Ramli, Situ Nur Fatiha Mohamad dan Safiya Raqiyah Abdul Raup.

Hadiah kemenangan disampaikan Penolong Kanan Kokurikulum, Rozana Abd Ghani.

Program bersepadu dilakukan secara perkongsian pintar antara JaPen dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia memberi peluang kepada pelajar mendapatkan sijil dan menjalankan aktiviti Kelab Malaysiaku peringkat negeri Kedah terutama di masa wabak Koronavirus (Covid-19) melanda dunia dan negara.

Artikel menarik

12 buah sekolah paling berhantu di Malaysia yang simpan pelbagai kisah misteri

Bagaikan sedang belajar di Istana Inggeris..kreativiti cikgu SMK Pakan luar biasa