PENDANG - ambil UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) tahun ni.” Demikian luahan Nurul Husna, 12, yang tidak dapat mendaftar sebagai pelajar berikutan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Bapa angkatnya, Johari Ishak, 53, berkata, sebelum  ini, Nurul Husna belajar di  Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rawa menggunakan surat kebenaran  sementara atas ihsan daripada guru besar.

“Namun begitu, sejak awal tahun lalu, anak saya  tidak diterima masuk untuk  sesi pembelajaran tahun enam.

“Keadaan ini menghalang anak saya untuk menduduki UPSR nanti dan ia memberi tekanan kepadanya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di  Kampung Durian semalam. 

Menurut Johari, dia dan isteri, Siti Fatimah Wahab,  53, mengambil Nurul  Husna daripada seorang  saudara. 

“Kami menerima Nurul Husna pada tahun 2008 daripada mereka tanpa sebarang dokumen kelahiran.

“Cumanya depa (mereka) ada bagi saya surat pencarian sijil kelahiran namun tidak mempunyai sebarang nilai,” katanya.

Johari berkata, saudaranya itu ada berjanji untuk memberikan sijil kelahiran, namun sehingga kini tidak muncul.

“Saya dah cuba pelbagai usaha untuk membantu anak angkat saya ni, tetapi sehingga kini usaha saya hanya sia-sia,” katanya.

Sementara itu, Nurul  Husna berkata, dia berharap berkesempatan menduduki  UPSR.

“Walaupun saya tidak  ke sekolah, saya minta ayah belikan buku tahun enam dan belajar sendiri di rumah.

“Bila rindu nak rasa  pergi sekolah, saya akan pakai baju sekolah dan menggalas beg,” katanya dalam nada sedih.

Dalam pada itu, Exco Pendidikan dan Sumber Manusia, Dr Salmee Said berkata, prosedur berkaitan pendaftaran sekolah telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Surat kebenaran belajar sementara diberikan  hanya untuk satu tempoh sahaja dan ia bertujuan  memberikan masa kepada ibu bapa angkat untuk  menyediakan dokumen yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurut Salmee, sekiranya dalam tempoh setahun itu ibu bapa angkat tidak menyiapkan dokumen  seperti diminta, kesannya  kanak-kanak berkenaan tidak boleh bersekolah untuk tahun berikutnya.

“Walau bagaimanapun kita teliti kes ini dan cuba  selesaikan dengan baik,” katanya. 

ARTIKEL MENARIK:

“Kenapa tak nak pergi sekolah?”- Guru prihatin, pujuk murid nangis terus sauk bawa ke kelas

Suara macam artis, memang padu cikgu Muzik ni nyanyi lagu ‘Sumpah’ dalam kelas

Majlis kahwin Cikgu Samuel ‘gempak’, tak sangka 100 murid orang asli sanggup datang buat kejutan